Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 1, 2012

Mengapa Lynas Perlu Dipertahankan ?


FAKTA LYNAS

1. Lynas Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat milik Australia, membina sebuah kilang di Gebeng, Pahang untuk memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang dimport dari Mount Weld, Australia Barat.

2. Lynas dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India

3. Kilang Lynas adalah kilang kimia dan bukan kilang nuclear seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun)

Nadir bumi adalah sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi biasanya ditemui didalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan. Produk yang dihasilkan oleh Lynas digunakan dalam pengeluaran TV, TV LED, computer bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektrik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta dan aditif dalam diesel.

ISU

Dikatakan oleh pihak yang membangkang bahawa ianya mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi ini mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif dan dikatakan produk dari kilang Lynas boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar.

Sebenarnya, radioaktif ada di mana mana di sekitar kita yang berpunca daripada proses semulajadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam. Tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum SIntetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan FosfogypsumBesi (WLP).

FGD dan NUF adalah bahan sisa bukan radioaktif dan diprogramkan untuk menjadikannya sebagai bahan komersial.

WLP pula mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165 % dan kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif adalah 0.05 %.

Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan lagi kadar radioaktif didalam WLP dari 0.165 % ke paras 0.03 %, iaitu lebih rendah dari paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF dan BUKAN TOKSIK.

Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai asas penting kepada pembinaan jalanraya dan tempat meletak kereta. Jadi, kenapa Lynas datang ke Malaysia..dan terpaksa mengangkut bahan bijih nadir bumi di Australia ke Malaysia untuk diproses.

Lynas tidak perlu mengelak kawalan undang undang yang ketat di Australia kerana undang undang sediada di Malaysia jauh lebih ketat daripada undang undang di Australia. Ianya adalah kerana :-

1. Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing

2. Mempunyai sumber yang optimum termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang

3. Gebeng khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompetetif dari segi teknikal dan kemudahan utility yang berdaya saing.

4. Keperluan undang undang yang jelas di mana ianya penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

MENGAPA LYNAS DIBANTAH OLEH DAP TERUTAMA KAUM CINA KHUSUSNYA

1. Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu  daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.

2. Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.

3. Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.
Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:
Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.

4. Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.

5. Jika Lynas beroperasi, monopoli China didalam perniagaan nadir bumi akan terjejas. Dan kerana negara ini diperintah oleh orang melayu, maka DAP akan terus menghalang kilang ini daripada beroperasi.

Jadi renung renungkanlah mengapa DAP begitu anti dengan kilang ini. Yang jelas, DAP meletakkan kepentingan bangsa mereka melebihi kepentingan negara ini.

1 comments:

  • MELAYUJATI says:
    December 2, 2012 at 8:13 AM

    Kalau cina membantah tu ada juga alasannya atas sifat perkauman walaupun berada di seberang laut, tapi yang melayu ni pak2 lebai dan mak2 aji ni, mereka ni ada kepentingan apa ye? jawapan aku ada 2 1. kepentingan diri je mereka ni dibayar kerana faedah politik
    2. kecelaruan pemikiran ataupun dalam arti kata bodoh piang, tidak dapat menilai bahawa tindakan tersebut merugikan negara dan bangsa serta juga dengki tiada kesudahan.

share2