Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 16, 2012

Peneroka Harap Penyokong Pembangkang Tinggalkan Felda


BERA - Peneroka yang berasa diri mereka tertipu atau menjadi mangsa penipuan kerajaan dan Felda diminta meninggalkan tanah rancangan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna terus tinggal di tanah rancangan Felda jika mereka berasa kehidupan tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan.

Menurutnya, peneroka seperti itu jika masih berada di tanah rancangan hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan Felda.

“Kalau tidak pandai bersyukur, sila tulis surat dan keluar dari Felda supaya tempat mereka boleh diisi orang lain kerana masih ramai lagi berminat untuk menyertai Felda.

“Tetapi, mereka sanggup jadi duri dalam daging yang sanggup mengkhianati perjuangan peneroka dan kerajaan dalam usaha memajukan tanah rancangan,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka dan penyerahan wang durian runtuh Felda di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan berkata, ­pemberian RM15,000 ke­pada setiap keluarga membuktikan ­kerajaan menghargai pe­ngorbanan peneroka yang setia ­bersama kerajaan serta Felda.

Katanya, sesiapa yang menganggap wang itu haram diminta tidak mengambilnya atau memulangkan semula wang tersebut.

“Jika wang itu dianggap haram, maka ia tidak boleh digunakan dan perlu dipulangkan semula kepada Felda,” katanya.

0 comments:

share2