Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 3, 2012

RUSUHAN UPSI: LAPORAN SALAH PAHANG DAILY ONLINE DIPERBETULKAN

Mahasiswa merusuh dan bertindak ganas diluar kawalan


PahangKu kesal dengan laporan salah dan berat sebelah oleh Pahang Daily Online semalam yang seakan menyalahkan dan menuduh pihak Polis bertindak ganas terhadap mahasiswa yang mengadakan rusuhan di UPSI pada malam menjelang tahun baharu lalu.

Justeru, demi kebenaran, maka adalah menjadi tanggungjawab PahangKu untuk memperbetulkan maklumat yang salah oleh Pahang Daily Online itu walau apa alasan mereka sekalipun.

Kronologi rusuhan mahasiswa UPSI :

Jam 2.10 pagi

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua,anjing) terhadap Perdana Menteri,Kementerian Pengajian Tinggi,kerajaan,UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU.Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan,bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

Jam 2.20pagi

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa,kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya,bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia.Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet,pelajar undang2 um (pakai baju merah) cuba provokasi pihak LSF dan polis.Polis sekadar mengawasi,tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

Jam 2.35pagi

2.35am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka ,ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat,ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus.Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman,mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa.Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul,mereka yang melawan sehingga terjatuh,malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel.Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi,sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM.

0 comments:

share2