Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2011

MIC TUBUH CAWANGAN DI FELDA KOTA GELANGGI 2




Kuantan - MIC menubuhkan cawangan di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini dalam usaha parti itu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama golongan peneroka berketurunan India di kawasan tersebut.

Majlis pelancaran cawangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dekat sini baru-baru ini.

Cawangan tersebut mempunyai seramai 60 ahli yang juga pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Jerantut.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Ketua MIC Bahagian Jerantut, M. Villaithan.

Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Shukri berkata, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar melantik seorang wakil kaum India di cawangan MIC Felda Kota Gelanggi Dua dan Jengka 13 sebagai pengantara untuk menangani kebajikan peneroka India.

Menurut beliau, ini bertepatan dengan dasar kerajaan BN yang sentiasa menekankan tradisi membela rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Beliau pada masa sama mengingatkan peneroka berketurunan India agar memahami senario politik semasa yang menyaksikan pelbagai dakyah dan janji ditabur untuk menarik undi rakyat.

''Lazimnya, semakin dekat pilihan raya, pihak pembangkang akan datang dengan pelbagai dakyah serta helah untuk memancing undi.

''Oleh itu, cawangan MIC di Felda ini perlu memainkan peranan yang proaktif untuk mengikis dakyah berkenaan di samping berperanan membantu kebajikan kaum India di tempat masing-masing," katanya.

Dr. Ahmad Shukri berkata, peneroka kaum India perlu berterima kasih kerana Felda yang telah banyak membantu mengubah kehidupan mereka berbanding sebelum ini.

1 comments:

  • Keris Pusaka says:
    November 15, 2011 at 3:15 PM

    Assalamualaikum
    Minta dilink blog saya disini
    http://kerispusakabangsa.blogspot.com/
    Terima kasih

share2