Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2011

MAZLAN ALIMAN BERAIR MATA DARAH DI PAHANG!!!


Kalau mangkuk ayun ni datang ke Negeri Pahang, bukan setakat air mata darah je, mau dia koma terus.

Apa, dia ingat Kerajaan tak 'cakna' ke dengan nasib Generasi Kedua Peneroka Felda ni? Ingat dia sorang je yang tahu mengambil berat terhadap golongan tersebut?

Kononnya dia nak membuktikan yang dia serius nak memenuhi ikrar dalam Buku Jingga dengan membubarkan Felda Plantations Sdn. Bhd.

Sebagai ganti, tanah perladangan seluas 367,000 hektar tanah milik Felda tu akan diagihkan kepada 'sekurang - kurangnya' 79,000 anak - anak Generasi Kedua.

79 ribu tu pun yang berada dibawah Persatuan Anak - Anak Peneroka Felda yang dikenali sebagai ANAK tu je. Yang selebihnya, apa cerita? 

Anak Peneroka Generasi Kedua ada 1.6juta semuanya. Mazlan Aliman nak selamatkan 79 ribu sahaja? Itu keadilan ke namanya?

Itu pun hanya bagi pada anak - anak Peneroka Generasi Kedua Felda sahaja. Yang generasi Ketiga tak dapat apa - apa ke?

Itu je dah nampak sikap 'double-standard' si Mazlan Aliman ni. Dia pun main ikut kroni, tapi nak tuduh orang lain pulak.

Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru - baru ni, Kerajaan Negeri dah meluluskan permohonan untuk menggunakan lot tanah kosong sekitar kawasan Felda sebagai kawasan Pertanian.

Lot - lot tanah tersebut dikenal pasti sebagai lot tanah Kerajaan yang tidak termasuk dalam kawasan Felda dan tidak diusahakan sehingga kini.

Urusan dan proses penyerahan lot tersebut kepada anak - anak Peneroka Generasi Kedua dan Ketiga akan dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan kerjasama FELDA.

Mudah cerita, semua anak - anak peneroka Felda Generasi Kedua DAN Ketiga dalam Negeri Pahang ni akan dapat lot tanah masing - masing untuk diusahakan kelak.

Permohonan ini adalah jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lembing, YB Dato' Haji Md. Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah. Bukan yang dibangkitkan oleh Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan ANAK yang 'haram' tu.

Semut dapat berita bahawa semua Kerajaan Negeri lain pun ambik tindakan yang sama seperti di Pahang ni KECUALI Selangor.

Jadi, Mazlan Aliman kena pergi tanya balik, kenapa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan si Khalid Gagap tu enggan menyerahkan lot tanah milik kerajaan untuk diusahakan oleh ANAK.

Di Selangor, Kerajaan Negeri boleh buat, tapi kenapa diorang tak buat? Itu sahaja persoalan yang perlu dijawab oleh Mazlan Aliman ni.

Jangan lah setakat bagi janji kosong semata - mata, tapi nak melaksanakannya diluar kemampuan diri sendiri. Dah la menipu rakyat je kerjanya.

Jangan la jadi ketam nak ajar anak berjalan lurus, diri sendiri berjalan senget. Cakap tak serupa bikin. Ada hati nak jadi pejuang konon, padahal diri sendiri pun MALAS!!! Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2