Pages

Sunday, January 2, 2011

Melangkah Ke Hadapan.

Alhamdulillah blog Pahang-ku makin diterima, banyak mempaut blogger-blogger ternama tanpa mengira ideologi. Alhamdulillah, sudah lahir sebuah wadah perjuangan yang boleh memberi maklumat yang tepat. Kita tangkis fitnah dari pihak yang suka menabur fitnah, yang suka spin cerita. 

Kita terima segala kritikan walaupun pedih atau manis. Kata peribahasa Arab, semakin sempurna sesuatu itu, semakin jelas dimana kurangnya. Terima kasih para pengkritik dan pemberi komen, anda membantu kami menyempurnakan tugasan ini dengan menunjuk dimana kelemahan. Setiap kelemahan akan dibaiki. InsyaAllah.

Di sini segala kebenaran akan diterangkan. Jika pembaca banyak menerima maklumat yang salah, kami akan memberi maklumat yang tepat berdasarkan fakta. Kerajaan juga berhak mendapat keadilan berdasarkan fakta. Kita tidak mahu lagi portal seperti sesetengah pembangkang yang spin cerita karut 24/7. Kita mahu menjadi insan berinformasi dan rasioanal.

Setelah segala maklumat yang tepat dapat diperolehi, kita adili dengan saksama, bukan sentimen siapa antara pembangkang dan kerajaan yang betul. Kebenaran akan menang juga akhirnya, kebatilan tetap akan terserlah.


4 comments:

  1. siapakah yg karut?

    akukah kaukah merekakah dan keluarga merekakah?

    ReplyDelete
  2. bro cuba buat n3 seimbangkan semua, kome rasa pimpin umno lagi teruk...cuba cerita juga keburukkan mereka, ni pembangkang je...mcm la umno bn tu elok sgt..rasanya lagi terukk...

    kome neutral...sokong mana yg benar...tidak menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  3. Macamlah Trademark Pahang Blogger tu elok sangat...rasanya lagi teruk ..hehehe!

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor