Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 7, 2019

LMU KIRA-KIRA AZMIN LAGI HEBAT DARI PAKAR EKONOMI MIERS






SELEPAS ditegur oleh Dato’ Seri Najib kelmarin berkenaan angka-angka unjuran ekonomi dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Menteri Ekonomi Azmin Ali tetap tidak mahu kalah.

Semalam Azmin berkata kira-kira kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (atau dalam bahasa mudahnya kadar pertumbuhan saiz ekonomi negara) yang dihitungnya adalah tidak salah.

Ini katanya sebab jumlah saiz ekonomi RM3.4 trilion itu adalah angka nominal iaitu angka saiz ekonomi termasuk inflasi (kenaikan harga barang) pada sebelas tahun akan datang (2030) berbanding sekarang.



Namun katanya lagi kadar pertumbuhan saiz ekonomi untuk mencapai saiz ekonomi RM3.4 trilion tersebut iaitu 4.7% setahun adalah kadar real (malar) atau angka yang tidak termasuk inflasi pula.

Bossku Najib Razak berkata untuk mencapai RM3.4 trilion pada tahun 2030, kita perlukan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.36%.

Bossku Najib adalah seorang ‘economist’.

Saya juga seorang ‘economist’ dan dulu saya belajar ekonomi di universiti yang bertauliah di luar negeri.

Saya juga pernah bekerja di Unit Perancang Ekonomi dan pernah terlibat dalam perangkaan dan penyediaan Bajet tahunan negara, Rancangan Malaysia ke-10 dan dasar-dasar jangka panjang negara.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Bossku.

Pakar-pakar ekonomi di Malaysia Institute of Economic Research (MIER) juga setuju dengan Bossku, mereka kata kita perlukan kadar pertumbuhan 7-8% setahun untuk mencapai saiz ekonomi RM3.4 trilion, bukannya 4.7% seperti yang Azmin kata.

Oleh itu alasan Azmin di atas untuk menutup kemaluannya tidak boleh diterima.

Sebab tidak ada orang atau ahli ekonomi yang waras yang akan buat kira-kira unjuran saiz ekonomi dalam angka nominal (termasuk inflasi) tetapi menggunakan kadar pertumbuhan real (tidak termasuk inflasi).

Jika ingin buat unjuran saiz ekonomi nominal iaitu termasuk inflasi, guna kadar pertumbuhan nominal juga.

Dan jika ingin buat unjuran saiz ekonomi real iaitu tidak termasuk inflasi, gunalah kadar pertumbuhan real juga.

Dan bila hendak nyatakan angka-angka saiz ekonomi dan kadar pertumbuhannya dalam dokumen rasmi kerajaan terutama yang melibatkan unjuran jangka panjang, kedua-dua angka tersebut perlu konsisten sama ada kedua-duanya berdasarkan kiraan nominal (termasuk inflasi) atau kedua-duanya berdasarkan kiraan real (tidak termasuk inflasi).

Jika kenyataan dikeluarkan seperti dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kelmarin dengan unjuran saiz ekonomi berdasarkan angka nominal iaitu termasuk inflasi, manakala angka kadar pertumbuhan saiz ekonomi pula berdasarkan angka real yang tidak termasuk inflasi, ia tidak masuk akal dan hanya akan mengelirukan rakyat, pasaran dan pelabur.




Lebih teruk lagi jika pelabur dan pasaran lihat seolah-olah kerajaan cuba memanipulasi data ekonomi dan mengelirukan mereka seperti yang kerajaan PH buat dengan kenyataan hutang negara yang kononnya RM1 trilion dahulu.

Inilah salah satu sebab mengapa pelabur-pelabur hilang keyakinan dan lari keluar dari Malaysia dengan pelaburan mereka apabila PH memerintah.

Satu perkara lagi, unjuran saiz ekonomi jangka panjang yang melibatkan tempoh masa satu dekad ke hadapan biasanya dibuat berdasarkan angka real iaitu tidak termasuk inflasi.

Ini kerana tidak ada ahli ekonomi yang berani menganggar secara betul (atau hampir betul) kadar inflasi setiap tahun sehingga sepuluh tahun akan datang sebab inflasi akan naik turun setiap tahun dan ada kalanya negatif (deflasi) atau songsang (e.g. stagflasi).

Di Amerika Syarikat di mana data-data ekonomi adalah lebih lengkap berbanding kebanyakan negara lain dan dengan tatacara unjuran ekonominya yang lebih canggih, unjuran inflasi jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan dan Bank Persekutuan Amerika (Federal Reserve Bank) pun hanya dibuat sehingga tiga tahun akan datang sahaja iaitu sampai 2022.

Tidak ada kerajaan di dunia ini yang boleh (atau berani) mengunjur inflasi untuk sebelas tahun akan datang sehingga 2030.

Saya rasa Azmin seorang sahaja Menteri Ekonomi dalam dunia ini yang mengunjur inflasi sehingga satu dekad ke hadapan.

Mengunjur inflasi untuk 10 tahun akan datang samalah seperti mengunjur pasaran saham atau harga minyak pada tahun 2030, ia tidak masuk akal, satu kerja sia-sia dan tidak bijak.

Oleh itu, kenyataan tidak mengaku salah dan tak mahu kalah Menteri Ekonomi PH Azmin semalam tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu cubaan untuk menegak benang yang basah.

Kepada Azmin, fokuslah. Ekonomi sedang teruk. Anda Menteri Ekonomi. Jangan hanya sibuk melancong ke sana ke mari.

Jika angka-angka asas ini pun dah salah, apa lagi lah dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama itu yang tak betul?

Isham Jalil
Presiden Sukarelawan Malaysia


Read more »

KONGRES MARUAH MELAYU: WAYANG POLITIK TUN MAHATHIR, GAGAL DAPAT PERHATIAN







Kongres Maruah Melayu adalah wayang politik terhebat Tun Mahathir setakat ini apabila beliau telah berjaya memainkan sentimen seakan umat Melayu seantero dunia perlu mendengar ‘wasiat terakhir’ tokoh Melayu neo-liberal ini, kata Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.

Ujarnya, dengan mengumpulkan semua pemimpin dari segenap institusi politik negara, maka beliau telah memberi anggapan bahawa semua orang Melayu telah menyokong beliau namun tidak sama sekali.

“Secara langsung, Kongres Maruah Melayu ini tidak sama sekali mendapat perhatian dan menjadi perbualan ramai orang Melayu. Ia dilihat sebagai sebuah perhimpunan elit Melayu yang tamakkan kuasa dan tidak putus-putus merendah-rendahkan bangsa sendiri, demi kelangsungan politik dan kuasa peribadi masing-masing.

“Kesimpulannya, maruah Melayu hanya layak dikongreskan di luar Kerajaan, dan bukannya di angkat menjadi agenda tuntas Pakatan Harapan (PH) dek kerana pengaruh Dap yang sangat luar biasa dan tidak akan memungkinkan ia berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau membuat kesimpulan tersebut setelah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian daripada Kongres Maruah Melayu semalam iaitu:

Pertama,
kongres ini tidak inklusif dan bukan untuk semua orang Melayu. Ia tidak lahir dari keterdesakan orang Melayu bagi membangun serta memulihkan bangsanya. Ia bukanlah gerakan masa dan gerakan kebanyakan orang Melayu untuk survival bangsanya. Sudah semestinya, ia adalah perhimpunan politik untuk menunjukkan kekuasaan dan keegoan Tun Mahathir.

Kedua,
kongres ini telah secara langsung memperkudakan universiti-universiti awam untuk tujuan politik sebuah parti dan cita-cita pemimpinnya bernama Tun Mahathir. Itu sahaja. Segala resolusi yang dikatakan hasilan cendekiawan Melayu, tidak langsung disentuh dan di ulas oleh Tun Mahathir dalam pidatonya. Adakah pusat pengajian kita akan terus dipergunakan oleh BERSATU dan Tun Mahathir atas nama Melayu? Tidakkah mereka dahulu yang sering melaungkan bahawa universiti harus bebas dari genggaman ahli politik?

Ketiga,
kongres ini tidak akan boleh menyaingi Muafakat Nasional UMNO-PAS, kerana ia bukanlah satu wadah pemberdayaan bangsa melalui kesatuan politik. Tun Mahathir mula menyedari bahawa, BERSATU bukanlah sebuah parti Melayu yang besar, signifikan dan terbukti jasanya seperti UMNO malahan PAS. Tambahan pula dengan populariti Pakatan Harapan serta Tun Mahathir sendiri yang semakin menurun, nampak begitu terdesak sekali mereka ingin menjadi relevan kepada orang Melayu. Insya-Allah orang Melayu tidak akan sekali lagi ditunggangi Tun Mahathir untuk kepentingannya sendiri.

Keempat,
Tun Mahathir gagal menggunakan kesempatan di kongres itu untuk menjelaskan tawaran Kerajaan pimpinannya untuk memelihara dan membangun keberdayaan bangsa Melayu. Kalau sekadar untuk menegur sikap bangsa Melayu, ia boleh dilakukan dalam Perhimpunan Agung BERSATU sahaja. Nyatakan transformasi bagaimana yang akan Kerajaan PH lakukan untuk bangsa Melayu tanpa rasa apologetik.


Read more »

[KUANTAN] BUKTI GERAKAN PENYATUAN UMMAH TEPAT



WAN Rosdy Wan Ismail



Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang tidak kuat kemelayuannya walaupun dipimpin orang Melayu membuktikan tindakan UMNO dan Pas menjayakan gerakan penyatuan ummah diikuti pemeteraian Piagam Muafakat Nasional adalah tepat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyatuan ummah dan Mufakat Nasional merupakan intipati perjuangan kedua-dua buah parti berkenaan kerana melihat kepentingan orang Melayu di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr. Mahathir terhakis teruk dan tergugat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bagaimanapun percaya 'nasi belum lagi menjadi bubur' bagi orang Melayu.

"Sepertimana kebimbangan dan kesayuan Tun Dr. Mahathir telah luahkan semasa Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor semalam, itulah juga yang menjadi kebimbangan dan kesayuan saya serta rakan-rakan saya.

"Mungkin selepas ini akan ada satu gerakan yang lebih besar bersama-sama demi mengukuhkan kuasa kemelayuan kita yang dalam masa yang sama tidak mengeyepikan hak-hak bukan Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Read more »

Sunday, October 6, 2019

EXCO PEERAK DIBIDAS... SILA BACA HANSARD DUN, JANGAN SUKA BUAT TUDUHAN MELULU






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud menggesa Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim agar jangan cuba mengalih-pandang isu kebobrokan serta pergaduhan dalaman sesama parti dalam Pakatan Harapan (PH) dengan membuat tuduhan cetek terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad.

Tegas Setiausaha Penerangan UMNO Perak itu, ketika isu rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan tidak dapat diselesaikan serta kehidupan masyarakat terhimpit oleh peningkatan kos hidup semakin meningkat, pemimpin kerajaan PH Perak masih lagi dalam carca marba serta bercakaran sesama sendiri.




“Bacalah YB Hasnul, isu pergeseran antara exco dan YAB Menteri Besar bukan dimulakan oleh Datuk Saarani atau ADUN pembangkang tetapi oleh seorang Ahli Exco sendiri.

“Kami telah membuktikan dan mendedahkan exco berkenaan. Namun kelemahan Menteri Besar yang partinya hanya ada tiga kerusi (termasuk adik iparnya yang masih belum berparti) tidak dapat menundukkan exco berkenaan yang partinya ada 18 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Saidi berkata demikian merujuk kepada kenyataan akhbar Hasnul yang juga Exco Penerangan Kerajaan Negeri Perak pada 4 Oktober 2019 bertajuk ‘Dakwaan Saarani tidak berasas, modal setiap kali menjelang sidang DUN.

Tambah Ahmad Saidi, dalam kenyataan itu jelas Hasnul menuduh Saarani ‘gagal’ memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab sebaliknya hanya bermain politik.

“Saya ingin menasihatkan Hasnul supaya membaca semula Hansard DUN Perak. Setiap kali sidang Saarani membangkit isu tentang kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

“Sebagai contoh isu pemotongan peruntukkan untuk golongan petani, nelayan dan penternak, isu peruntukan kawasan luar bandar yang dianaktirikan oleh kerajaan negeri serta isu kos hidup yang semakin meningkat,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Saidi berkata bahawa krisis kepimpinan Dap pula didedahkan oleh ADUN Dap sendiri iaitu CK Leong yang mempersoalkan kepimpinan parti itu manakala ketidakadilan perlantikan ahli majlis serta MPKK pula dibangkitkan oleh Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador, yang menuduh Menteri Besar.

“Permainan politik ini tidak sekali-kali ditunjangi oleh Saarani atau ADUN pembangkang malah ia dimulakan oleh Exco Kerajaan dan ADUN PH sendiri.

“Janganlah menuduh Saarani bermain politik dan membelakangi masalah rakyat. Kami memainkan peranan sebagai penyemak dan pengimbang serta menyuarakan permasalahan rakyat.

“Sekali lagi bacalah Hansard DUN atau ikuti program-program kami yang terus membela serta berbakti kepada rakyat,” gesanya.

Ahmad Saidi juga menasihatkan Hasnul jangan cuba melaga-lagakan antara Saarani dan bekas Menteri Besar Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

“Gandingan antara Saarani dan Dr Zambry serta Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria adalah dalam tahap terbaik.

“Sebarang tuduhan serta dakwaan sembrono begini akan digelakkan oleh rakyat sebagaimana rakyat mentertawakan Hasnul ketika meletakkan piala di tempat yang paling tidak sesuai atau meraikan kemenangan pasukan bolasepak Perak ‘berseorangan’,” sinisnya.

Seterusnya, Ahmad Saidi turut menggesa supaya Hasnul menasihati Asmuni Awi dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya belajar dari Saarani, Dr Zambry dan Razman bagaimana mentadbir parti dengan baik supaya tidak kucar kacir.

“Tadbirlah Pan dengan bijak sebelum cuba melaga-lagakan kepimpinan parti lain supaya tidak berlaku proses mesyuarat dan pemilihan diadakan semula kerana pilihan ahli parti tidak selaras dengan kehendak ‘golongan tertentu’.

“Memetik kata Tjokroaminoto salah seorang pengasas Sarekat Islam dan pejuang kemerdekaan Indonesia yang awal dalam sejarah moden negara itu yang menyebut untuk menjadi pemimpin yang hebat dua perkara perlu dilakukan hijrah dan iqra’ (membaca).

“Berhijrahlah dari kesempitan fikiran yang penuh rasa benci kepada kasih sayang dan dari kedangkalan akal menjadi sedikit cerdik. Bacalah supaya ada ilmu sebelum membuat tuduhan melulu,” tegasnya lagi.


Read more »

UMNO HARUS KELUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN UNTUK TERUS BERJAYA







Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO harus keluar dari kotak pemikiran untuk meneroka dunia yang luas.

Jelas beliau, ahli parti tidak boleh terbelenggu dengan pemikiran ‘UMNO-centric’ dan berkisar dalam kalangan ahli sahaja, sehingga terlupa bahawa persada perjuangan sebenar adalah dunia orang Melayu keseluruhannya bersama kaum-kaum lain dan Malaysia dengan memayungi seluruh rakyatnya.

“Kita tahu bahawa UMNO tidak akan menang tanpa dukungan bangsa lain, ini hakikat yang berlaku. Saya percaya bahawa dengan dokongan ahli UMNO dan bangsa lain, negara kita akan terbina semula, bukan sebagai Malaysia baru tapi asas kita dalam PRU-15, kita tidak berhasrat untuk mewujudkan UMNO baru, Melayu baru atau Malaysia baru tapi kembali kepada Malaysia yang asal dan ditambah dengan kekuatan baru.

“Sebab itu pada saya, kita harus menolak politik personaliti. UMNO tidak akan berkelangsungan dengan hanya pemujaan terhadap mana-mana tokoh tertentu dan pemimpin tertentu. UMNO perlu bergerak sebagai satu pasukan yang mantap… hanya buah yang bertangkai yang boleh dijinjing.”

Tegasnya, selagi UMNO dibelenggu dengan politik personaliti, selagi UMNO tinggal, hidup dan berfikir dalam dunia UMNO yang tersendiri maka selagi itu, UMNO akan hadapi masalah besar untuk mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan orang Melayu dan bangsa lain.


“… seperti yang saya sering katakan, kita harus meperjuangkan kesatuan kita. Yang kalah jadi arang, yang menang jadi abu, yang rugi itu Islam, yang rosak itu Melayu,” ujar beliau ketika berucap dalam program Konvensyen UMNO Negeri Johor di sini, hari ini.

Tambah Zahid, untuk memastikan UMNO terus maju dan relevan, aktiviti ‘tembak-menembak’ sesama sendiri, pulau-memulau pemimpin atau calon, membentuk kabilah, apatah lagi menjadi pengkhianat parti harus dihentikan segera.

“Justeru saya menyeru daripada lubuk hati saya, kita sama-sama bergerak menjadi pemangkin politik progresif dan menjadi ‘glue’ atau gam dalam penyatuan ini,” ujar beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.


Read more »

Saturday, October 5, 2019

[KUANTAN] PERTAHAN INDUSTRI SAWIT NEGARA



WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) menunjukkan produk daripada



Semua pihak perlu memainkan peranan bersama bagi mempertahankan industri sawit yang ketika ini berdepan pelbagai cabaran termasuk usaha pihak luar yang cuba merendah-rendahkan kualiti minyak sawit negara.

Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau difahamkan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengambil pelbagai langkah dan pendekatan demi menangani serta mengatasi segala cabaran dalam industri berkenaan.

"Antaranya, MPOB menjalankan pelbagai program untuk membantu pengusaha atau penggiat sawit, dengan misalnya menganjurkan kempen larangan berurus niaga Buah Tandan Sawit (BTS) mentah. Dalam hal ini, pengilang digalakkan memulangkan sahaja ‘consignment’ BTS mentah kepada pihak pembekal.

"Pada peringkat awal pengenalan kempen ini saya difahamkan, ia menimbulkan banyak masalah tetapi hari ini, pengusaha atau penggiat sawit didapati telah sedar lalu menerima larangan ini sebagai antara langkah dan usaha MPOB untuk memperbaiki mutu industri sawit," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Healthy Sawit (Lmpoc) 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Pahang di sini hari ini.

Kempen itu merupakan anjuran Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Pahang-Terengganu (PTPOMA).

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Abd. Rahim Muda dan Pengerusi PTPOMA, Datuk Michael Lim Lian Seng.

Wan Rosdy berkata, program anjuran PTPOMA hari ini merupakan antara usaha untuk memberi kesedaran kepada pengusaha atau penggiat sawit dan orang ramai, tentang pentingnya syor-syor yang ditetapkan di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Usaha itu katanya, demi menjamin mutu minyak sawit pasaran tempatan dan global sentiasa tinggi serta selamat, hingga boleh terus memikat pengguna sama ada dari dalam dan luar negara, untuk terus memperolehinya lalu meningkatkan lagi pasarannya.

"Sesungguhnya, pengeluaran minyak sawit Malaysia secara mampan merupakan langkah penting bagi menangani cabaran perdagangan minyak sawit secara global," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kelapa sawit merupakan tanaman paling luas ditanam di negeri ini iaitu kira-kira 818,986 hektar dan 203,000 hektar daripada jumlah tersebut terdapat di tanah rancangan Felda.

"Selain itu, kira-kira 615,986 hektar lagi, ditanam di estet-estet milik swasta, dan dalam ladang-ladang milik agensi kerajaan Persekutuan seperti RISDA dan FELCRA, serta yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP), Yayasan Pahang dan Pebbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)," katanya.


Read more »

KONGRES MARUAH MELAYU YANG DISELAR PEMIMPIN SENDIRI






Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu yang akan turut dihadiri oleh pemimpin UMNO sebagai bukti keseriusan dalam membela bangsa. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai kehadiran pemimpin-pemimpin parti yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Berikut kenyataan Tan Sri Annuar Musa berkaitan kongres tersebut:

Rakyat sedang menyaksikan beberapa keanihan yg sedang berlaku dlm kerajaan hari ini.




Ahad ini di anjurkan KMM,yg bukan rahsia lagi,di “master mind” oleh beberapa pemimpin parti pemerintah tapi menggunakan platform beberapa IPTA, khususnya Universiti Malaya.

Belum pun ia berlangsung, program yang direstui dan dihadiri sendiri oleh YAB PM, sudah dikritik oleh YB bakal PM dan Supremo PH/Dap, Lim Kit Siang. Anehnya, semua mereka adalah dari satu parti yg sama ia itu PAKATAN HARAPAN (PH).

Penganjuran KMM mengesahkan wujudnya keresahan orang Melayu tentang maruah mereka pada masa ini.

Ia juga mengesahkan YAB PM sendiri mengakui keresahan tersebut tetapi tidak dapat bersuara atau menganjurkan kongres atas nama partinya, atau atas nama kerajaan pimpinannya. Dalam kata lain mereka mengakui PH gagal memberi pembelaan dan menjaga maruah orang Melayu. Ini adalah akibat dari kesilapan percaturan dan formula politik mereka sendiri.

Berdasarkan kedudukannya yg begitu lemah itu, tidak banyak yang boleh kita harapkan akan berlaku dari Kongres ini. Malah masa sudah semakin suntuk buat BERSATU dan buat YAB PM sendiri. Apa lagi dalam keadaan tiadanya solidariti dan setiakawan dalam PH itu sendiri.

Menariknya, jemputan telah dibuat kepada UMNO dan PAS, yang merupakan dua parti pembangkang dan rakan Taawun PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL yang mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Dan di luar jangkaan kebanyakan orang, kedua-dua parti itu telah menerima dan akan menghadiri KMM itu.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Bagi UMNO dan PAS yg merupakan parti terbesar orang Melayu, kita mahukan politik yg matang, bertanggungjawab dan mendahulukan rakyat. Bukan politik kepuakan yg sempit dan emosi.

Kita telah membuktikan di Parlimen di mana ada kalanya kita menentang keras tindakan kerajaan hingga sanggup turun ke jalan raya seperti dalam isu ICERD dan ada kalanya kita menyokong sehingga kerajaan boleh meminda perlembagaan, seperti dalam isu had umur mengundi.

Dalam isu KMM pula,UMNO dan PAS tidak terlibat berkongres, malah tidak pun mengetahui atau di beritahu apakah perbincangan atau apakah resolusi kongres ini, atau siapakah yang terlibat dalam kluster-kluster perbincangan.

UMNO dan PAS mengambil sikap sedia hadhir menerima jemputan dan mendengar apa jua perkara berkaitan kepentingan orang Melayu. Sebagai wadah terbesar orang Melayu, tidak wajar bagi UMNO terutamanya memencilkan diri dari sebarang usaha untuk kebaikan orang Melayu atau muafakat Melayu dan Muafakat Nasional.

Malah itulah sebahagian dari intipati PIAGAM yang baru ditandatangani antara UMNO dan PAS. Kedua-dua parti kekal komited utk terus menjayakan Muafakat ini.

UMNO akan meneliti apakah resolusi KMM ini, yang difahamkan akan di serahkan kpd Kerajaan, khususnya Perdana Menteri. Sama ada resolusi ini boleh membawa apa apa harapan, biarlah di nilai oleh rakyat sendiri nanti.

Kita juga ingin mendengar dan melihat apakah penerimaan pemimpin pemimpin besar parti-parti dalam kerajaan terhadap resolusi ini.

Tidak mustahil ia akan menjadi satu lagi KONGRES KOSONG, sepertimana tahun lalu di mana mereka juga telah menganjurkan KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2018, yang kesudahannya ekonomi dan aset bumiputera semakin merosot malah terjual dan tergadai di bawah pentadbiran mereka. Kongres bukan semestinya satu jalan penyelesaian.

Apapun biarlah kita berlapang dada, dan memberi ruang secukupnya kepada penganjur dan mereka di belakang tabir utk memperagakan rancangan dan pencak silat mereka.

UMNO akan terus berperanan mengatur perjuangan ummah khususnya orang Melayu melalui ‘roadmap’ kita sendiri, khususnya menerusi MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS. Kita akan segera merangka pelan tindakan yang kukuh dan tersusun dalam membela MARUAH UMMAH DAN ORANG MELAYU, dalam konteks masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa ini. Kami yakin dasar perjuangan, pengalaman dan rekod kedua-dua parti yg berpaksikan ISLAM ini, lebih mampu membela MARUAH MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHAN NYA,Insya-Allah.

Kita bertemu di Stadium Melawati.

Tan Sri Annuar Musa
Setiusaha Agung UMNO


Read more »

[LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR



MASJID Seberang Jelai tenggelam dalam kejadian banjir besar pada



Hasrat penduduk di beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di sini untuk menggunakan masjid baharu yang selesa tidak kesampaian apabila kerajaan bertindak membatalkan kelulusan pembinaan tiga masjid di kawasan berkenaan.

Difahamkan, tiga masjid berkenaan yang sudah uzur iaitu Masjid Seberang Jelai, Masjid Mentara Baru dan Masjid Aur Gading mendapat kelulusan pembinaan baharu oleh kerajaan terdahulu pada 2017 dan urusan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya termasuk jadual tender pada Jun lalu.

Namun, melalui surat terbaharu pada Ogos lepas menyatakan pembinaan masjid baharu melibatkan kos sehingga kira-kira RM2 juta bagi setiap buah tidak dapat dilaksanakan dengan alasan kedudukan kewangan kerajaan tidak mengizinkan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Jelai, Kamaruzzaman Awang Long berkata, masjid Seberang Jelai yang dibina menggunakan kayu pada 1960 sememangnya sudah uzur.

Katanya, kebanyakan kayu yang digunakan termasuk pada struktur utama telah reput sehingga membahayakan jemaah di situ.


"Kawasan ini juga sering terdedah kepada kejadian banjir dan pada 2014 masjid ini telah tenggelam menyebabkan berlaku kerosakan.

"Kami masyarakat Islam di sini menaruh harapan besar mendapat sebuah masjid baharu selepas diluluskan pada 2017 tetapi kini hampa dan terkilan kerana tidak dibatalkan pembinaannya," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato' Mustapa Long berkata, beliau telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum surat pembatalan pembinaan masjid itu diterima Ogos lalu.

Beliau memberitahu, sebelum ini pihak Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) telah pun mengeluarkan peruntukan dan jadual untuk ditender yang sepatutnya dilakukan pada Jun lalu.

"Masjid-masjid ini memang sudah usang dan kita berdukacita kerana hasrat orang kampung hendakkan masjid baharu tidak kesampaian dan terpaksa menggunakan masjid yang telah usang," ujarnya.


Read more »

Thursday, October 3, 2019

KERAJAAN NEGERI BANTAH PENUTUPAN UNITEN KAMPUS MUADZAM SHAH






Kerajaan Negeri Pahang meminta pengurusan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) supaya menyemak kembali perancangan untuk menutup Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Muadzam Shah, Rompin dengan mengambil kira bantahan daripada pelbagai pihak.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri membantah usaha untuk menutup kampus berkenaan yang begitu besar jasanya kepada rakyat di negeri ini.

"Kerajaan Negeri meminta pengurusan UNITEN serta pengurusan tertinggi Tenaga Nasional Bhd (TNB) sendiri supaya menyemak kembali perancangan itu dengan mengambil kira bantahan oleh Kerajaan Negeri dan pelbagai pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas kira-kira 68 hektar kepada UNITEN pada penghujung tahun 1990-an itu, ianya adalah untuk pembinaan segala jenis infrastruktur yang diperlukan bagi kewujudan sebuah kampus yang dapat menampung keperluan pendidikan serta penginapan pelajar.

"Sejak kemasukan 200 pelajar pertama pada tahun 2001 hingga kemuncaknya pada tahun 2015 dengan seramai 4,300 orang, kampus berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti sosio-ekonomi Bandar Muadzam Shah sendiri.

"Walaupun kini jumlah pelajarnya menurun kepada 1,300 orang tetapi ini sebenarnya adalah kesan daripada faktor ekonomi nasional dan dunia. Apabila keadaan ekonomi bertambah baik saya percaya, jumlah kemasukan pelajar akan kembali ramai.

“Oleh itu, adalah diharapkan lebih wajar berusaha untuk menyemarakkannya lagi dengan pengenalan lebih banyak kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjananya dengan tidak terhad kepada adanya Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (COBA) sahaja.

"Apatah lagi dengan nilai sentimental pada namanya mengambil sempena nama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah,” katanya lagi.


Read more »

PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?






Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah yang terbaik memperkenalkan sistem cukai yang lebih telus dan efisen iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang regresif dan banyak kelompongan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tetapi pembangkang ketika itu membuat pelbagai fitnah serta tuduhan, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sekarang setelah terdapat gesaan dari beberapa pihak dan pakar-pakar ekonomi negara, adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah memansuhkannya sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara akan memperkenalkannya semula GST, soal Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu hantaran di Facebook.




“Jadi kalaulah kerajaan PH laksanakan semula GST. Agaknya ini ‘U-Turn’ tahap apa?

“Dan apa kita nak kata pada kerajaan PH terutama pemimpin PH macam Tony Pua, Rafizi?” tanyanya lagi.

Dilaporkan dalam media perdana, Ahli Parlimen Kangar dari PKR, Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan pelaksanaan semula GST kerana berpendapat bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik.

Sebelum itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi negara menggesa kerajaan PH memperkenalkan semula cukai GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Bajet 2020.

Pengerusinya, Kamal Salih menyifatkan GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat.

Mengulas lanjut, Dr Shamsul dalam catatan di media sosialnya turut simpati ke atas Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan pada era BN dahulu tanpa jemu menyebarkan kebaikan GST berbanding SST tetapi dicemuh dan dikecam oleh golongan anti-GST dan ternyata kini rakyat sedar apa yang dibentangkan oleh Ahmad adalah penuh kebenaran.

Baru-baru ini juga, bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram turut menggesa kerajaan PH menggantikan SST yang dilaksanakan sejak 1 September tahun lalu kepada sistem percukaian yang lebih baik.

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan PH melalui Dewan Rakyat berjaya meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) membabitkan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, iaitu pemansuhan GST serta diganti dengan SST sebagai memenuhi janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Dalam penggulungan perbahasan RUU tersebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata: “Akhirnya, GST sudah mati.”

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan bersedia kaji semula pelaksanaan GST.


Read more »

RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA








Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang gagal dan penuh huru-hara malah pentadbiran mereka hari ini lebih banyak menyusahkan rakyat khususnya mereka yang bergelar peneroka dan petani.

Katanya, ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil inisiatif membantu rakyat dengan mengenalpasti permasalahan mereka misalnya orang-orang Melayu yang begitu miskin ekonominya maka diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga berjaya mengubah nasib anak-anak bangsa untuk bangkit dan menjadi golongan profesional.

“Felda, Felcra, MARA, UDA ditubuhkan dan semuanya untuk kepentingan orang-orang Melayu dan selepas itulah berlaku perubahan hidup terhadap masyarakat tersebut.

“Hari ini orang Felda yang paling teruk kena sebagai contoh pendapatan sawit merudum, bila PH menang kononnya hutang terhapus tapi lain ceritanya … saya bangkitkan perkara ini dalam Parlimen,” ucapnya semasa Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Raub, malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan isu ini dibangkitkan di Parlimen namun pihak PH boleh mengatakan ‘jangan bimbang’ sedangkan rakyat peneroka semakin gusar dengan penurunan harga minya kelapa sawit yang begitu drastik.

Ini cukup jauh berbeza dengan pentadbiran zaman BN apabila pendapatan peneroka kurang daripada RM1,500 maka hutang akan ditangguhkan untuk pembayaran tersebut, ujarnya

Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh berkaitan pasaran minyak kelapa sawit di peringkat antarabangsa yang turut menjejaskan pendapatan petani.

“Air Asia merupakan salah satu syarikat yang terbesar membeli ‘air bus’ yang dibuat oleh Perancis tapi Perancis ingin memboikot minyak kelapa sawit… pihak kerajaan Malaysia juga akan memboikot membeli jet atau kapal terbang dari Perancis, maka boikot ditangguhkan.”




Katanya, Perancis adalah negara yang memboikot dan menghalang minyak kelapa sawit di pasaran mereka tetapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjumpa pemimpinnya memaklumkan dan membincang serta menjelaskan bahawa minyak kelapa sawit tidak berbahaya kepada pengguna.

Lantas kerana itu katanya, pembelian sawit meningkat ekoran Kesatuan Eropah (EU) adalah pembeli terbesar tetapi hari ini kerajaan PH bukannya berbincang dan berjumpa pihak EU sebaliknya berkempen untuk minum minyak kelapa sawit pula.

“PH bukan hanya kerajaan gagal melaksanakan janji-janjinya terhadap peneroka Felda dan rakyat tetapi juga gagal melakukan tugas sebagai pentadbir negara.

“Kerajaan yang gagal, kerajaan yang penipu, kerajaan kencing dan inilah yang kita perlu berdepan dengan mereka. Sudahlah gagal menjaga kepentingan umat Islam, gagal menjaga kebajikan Melayu dan gagal menjaga kepentingan masyarakat luar bandar.

“Inilah hakikat kita di bawah kerajaan yang gagal, dulu orang kata kerajaan ini adalah kerajaan sepenggal, tapi kita harap kerajaan hari ini kerajaan separuh penggal dan saya harap kita semua bersedia kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan bila-bila masa.”


Read more »

PH JUAL ASET STRATEGIK TH RM2.6 BILION: JAWAB DENGAN FAKTA, BUKAN SALAHKAN PEMUDA







Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Lembaga Tabung Haji (TH), seharusnya melakukan penjelasan berkenaan penjualan aset strategik institusi tersebut berserta fakta bukannya menyalahkan Pemuda UMNO, tegas Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.




Katanya, Pemuda UMNO tidak pernah mengeluarkan fitnah terhadap TH, malah isu tersebut dibangkitkan kerana terdapatnya sumber daripada portal ekonomi iaitu The Malaysian Reserve yang mendakwa TH telah menjual aset-aset strategik bernilai RM2.6 bilion.

“Kenyataan balas daripada Mujahid yang mendesak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi memohon maaf kepadanya atas dakwaan berkenaan penjualan ekuiti TH adalah tidak berasas.

“Jika dakwaan The Malaysian Reserve adalah tidak benar, menteri agama perlu mengambil tindakan dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jumaat lalu, portal ekonomi tersebut mendedahkan TH telah melupuskan ekuiti bernilai RM2.6 bilion dan sehingga kini masih tiada penjelasan daripada Mujahid mengenainya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Dr Asyraf.

Bahkan, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Pan) pula meminta Dr Asyraf memohon maaf kepadanya.

Mengulas lanjut, Dr Najmil turut menggesa Mujahid tidak melibatkan penyatuan ummah dan Muafakat Nasional dalam isu tersebut kerana pihak yang merosakkan kepentingan negara adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukannya Pemuda UMNO.

“Sekali lagi Pemuda UMNO mendesak Mujahid untuk meminta maaf kepada Dr Asyraf kerana mendakwa beliau telah memfitnah TH,” gesanya lagi.


Read more »

Wednesday, October 2, 2019

[MUADZAM SHAH] PERTIMBANG SEMULA KEPUTUSAN GABUNG KAMPUS UNITEN



logo UNITEN



Pengurusan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) diminta mempertimbangkan semula pelaksanaan Operasi Kampus Berpusat menerusi penggabungan dua kampusnya di Rompin, dekat sini dan Putrajaya.

Operasi baharu itu yang diumumkan oleh Pejabat Naib Canselor Uniten pada Sabtu bakal menyaksikan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dan Kampus Putrajaya disatukan sebagai satu entiti di Putrajaya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Dato' Sri Maznah Mazlan berkata, keputusan itu memberi banyak kesan khususnya kepada penduduk sekitar selain keputusan sebesar itu seharusnya mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pahang.

“Perkara ini melibatkan amanah kerajaan negeri iaitu tanah seluas 67 hektar yang diperuntukkan untuk tujuan pembangunan pendidikan tidak disia-siakan dan jika mereka ada masalah, perbincangan boleh dilakukan untuk mencari penyelesaian.

“Saya yakin pihak Uniten memahami sebab dan peranan KSHAS dibina di Muadzam Shah dan memohon supaya mereka meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Maznah TNB perlu kembali kepada tujuan asal penubuhan KSHAS iaitu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menyambung pelajaran selain meningkatkan ekonomi luar bandar, yang mana kampus itu antara pemangkin ekonomi di Muadzam Shah.

“Jika rancangan itu diteruskan, sejumlah pekerja kontrak yang kebanyakkannya adalah penduduk tempatan akan kehilangan sumber pendapatan selain menjejaskan peniaga dan pembekal perkhidmatan di sekitar KSHAS.

“Secara keseluruhan ekonomi sekarang memang sukar tetapi saya percaya ini masa untuk meneroka dan memikirkan sesuatu bersama bagi menjadikan KSHAS sebagai pusat kecemerlangan ilmu dengan berpegang kepada matlamat asal penubuhannya,” katanya.

Lembaga Pengarah Uniten yang bersidang pada 24 Sept lalu telah meluluskan inisiatif ‘Reimagining Uniten’ dan memberi mandat kepada pengurusan Uniten untuk melaksanakan Operasi Kampus Berpusat

yang dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Jun 2020.

Keputusan itu, menurut Uniten dilakukan untuk melonjakkan nama universiti untuk berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dengan cabaran semasa landskap pendidikan tinggi negara masa kini.


Read more »

DIVIDEN 2% : KEGAGALAN PH RUGIKAN AHLI LTAT






Berita semalam dalam sejarah Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan dividen pembahagian paling rendah iaitu sebanyak 2% untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Yang hairannya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini ibarat lempar batu sembunyi tangan.

Sudah terang benderang mereka ini gagal serba serbi tapi masih mahu tunjuk pandai dalam bab-bab ekonomi, tanpa segan silu, masih lagi mahu memperbodohkan orang ramai dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara ini.

Siapa lagi yang masih percaya? Sudahlah manifesto hanya untuk umpan undi, hari ini satu persatu aset kerajaan dijarah oleh mereka.

Bermula dengan Khazanah Nasional Berhad, sebuah syarikat kerajaan yang menguntungkan, setelah PH menguasai kerajaan, tindakan menjual aset dan pelaburan berlaku sejak mula dan sehingga kini tiada nampak pengakhirannya.




Tabung Haji yang dulunya mengagih hibah lebih dari 6%, tahun lepas hanya mengagihkan hibah sebanyak 1.25% sahaja.

Berbanding dengan kerajaan BN dahulu pada tahun 2009 – 2017, dividen LTAT dibahagikan dalam lingkungan maksimum 16% iaitu pada tahun 2012 dan 2013 manakala paling minumum adalah 12% iaitu pada tahun 2015 dan 2016.

Manakala bagi tahun 2017 pula dividen dibahagikan sebanyak 12.5%.

Yang hairannya Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT telah menjual Hotel Royal Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura.

Kemana perginya wang jualan tersebut? Tidakkah jualan tersebut untuk menambah pendapatan yang sepatutnya dipulangkan kepada ahli LTAT melalui dividen yang tinggi?

Purata pembahagian dividen LTAT semasa pentadbiran kerajaan BN menunjukkan bahawa kerajaan BN bijak menguruskan kewangan LTAT dengan baik sehingga dividen dapat diagih pada kadar tinggi tanpa menimbulkan sedikit pun kelemahan dalam pengagihan dividen.




Saya percaya, hari ini anggota tentera/pesara amat terkilan dan sedih dengan berita ini setelah beberapa kali anggota tentera kita diasak dengan pelbagai isu, sehingga khidmat mereka menjaga keselamatan negara dinafikan oleh Taikun Dap, Koon Yew Yin dengan mengatakan bahawa “askar hanya makan tidur sahaja”.

Taikun Dap ini juga bertindak menggesa kerajaan PH untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar yang dilaporkan dalam Air Times News Network.

Namun pada hari ini dividen anggota tentera/pesara LTAT pula diagihkan dengan nilai peratusan paling rendah dalam sejarah setelah kerajaan PH mentadbir.

Apa makna semua ini setelah anggota tentera/pesara kita menabur jasa dan khidmat mereka menjaga keselamatan negara sepanjang hidup mereka namun pada akhirnya, mereka cuma layak menerima dividen sebanyak 2% berbanding sebelumnya ?

Agihan dividen yang rendah ini bukan seperti apa yang mereka harapkan.

Kejatuhan nilai saham dua aset terbesar LTAT iaitu Boustead Holdings dan Affin Bank yang paling teruk dalam sejarah bukan salah kerajaan BN dan bukan juga salah rakyat mahupun anggota tentera/pesara.

Ia adalah salah kerajaan PH yang tak pandai menguruskan aset negara!

Secara jelasnya, kerajaan PH sudah tidak layak menerima sokongan dari anggota tentera/pesara lagi setelah kebajikan anggota tentera/pesara dipandang enteng oleh kerajaan PH.

Rakyat cuma mampu berharap tetapi adakah kerajaan PH yang dikuasai oleh Dap ini akan berhenti menjual aset-aset negara?

Adakah mereka akan meneruskan kepincangan mereka mentadbir negara?

Saya berharap agar Permodalan Nasional Berhad tidak menerima ‘nasib’ yang sama seperti Khazanah Nasional Berhad dan Tabung Haji. Kita tunggu nasib Amanah Saham Bumiputera (ASB). Berapakah dividennya nanti? 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang / Naib Presiden UMNO


Read more »

[KUANTAN] BAYI JANTUNG BERLUBANG PERLU BANTUAN








Seorang ibu dari Indera Mahkota 8 di sini resah memikirkan nasib dan masa depan bayi perempuannya berusia setahun tujuh bulan, Maya Alisha Mohd. Hasrol yang mengalami masalah jantung berlubang.

Rozita Radzali, 33, berkata, anak keenamnya dari tujuh beradik itu dilahirkan secara tidak cukup bulan dan bertarung dengan penyakit itu sejak dilahirkan.

Katanya, selepas dilahirkan ketika kandungan berusia enam bulan, Maya Alisha ditempatkan di dalam wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selama lebih sebulan dan disahkan doktor menghidap penyakit jantung berlubang.

"Semasa dilahirkan pada 18 Januari tahun lalu, berat Maya Alisha ialah 1.5 kilogram dan fizikalnya yang kecil tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

"Selepas beberapa kali bertemu doktor, sekarang masa yang sesuai untuk menjalani pembedahan dan ia perlu dilakukan segera.

Pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) dijadualkan pertengahan bulan ini dengan kos kira-kira RM25,000," katanya.

Menurut Rozita, dia dan suaminya, Mohd. Hasrol Hasan, 37, yang menjalankan perniagaan jualan buka bonet kereta di Taman Kerang di sini tidak mampu menyediakan kos pembedahan tersebut dan merayu sumbangan orang ramai bagi membantu keluarganya.

Ketika ini, katanya, mereka hanya mengumpul kira-kira RM1,000 hasil sumbangan orang ramai yang mengetahui tentang keadaan anaknya itu menerusi laman sosial Facebook.

"Pendapatan berniaga tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan itu kerana wang yang ada perlu digunakan untuk menguruskan perbelanjaan anak-anak lain termasuk empat orang yang masih bersekolah.

"Tangan dan kaki Maya Alisha ketika ini kebiru-biruan dan selalu dalam keadaan letih. Saya merayu sumbangan orang ramai terutama dari segi kewangan untuk menampung kos pembedahanya kerana itulah keutamaan kami," katanya yang mempunyai tujuh anak berusia antara 14 tahun hingga lima bulan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Rozita di talian 011-11033943 atau menerusi akaun bank Maybank miliknya bernombor 156094414390.



Read more »

Tuesday, October 1, 2019

MANA EMPAT ORANG SUSPEK KES ADIB? MENTERI SILA JAWAB SEMULA





Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berkata akan membawa semula soalan berkaitan keberadaan empat orang suspek yang terlibat dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 7 Oktober ini.




Jelas beliau, pada sidang Parlimen yang lalu, soalan tersebut telah ditanya namun ia tidak tersenarai untuk dijawab oleh menteri yang berkenaan dengan jujur.

“Pada sidang Parlimen yang lalu, saya telah meminta Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjawab di manakah empat orang suspek tersebut. Adakah masih berada dalam negara ataupun tidak. Namun sayangnya soalan saya ini tidak terpilih dan hanya dijawab secara bertulis.

“Saya sememang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana saya telah meramalkan kes ini akhirnya akan terbukti wujud unsur jenayah dan ternyata ramalan saya tepat.

“Persoalan sekarang ini adalah jika pihak polis mahu memanggil empat orang suspek tersebut, adakah mereka masih berada dalam negara?,” ujar beliau kepada UMNO-Online.




Tambah Noh, setelah Mahkamah Koroner Shah Alam mengesahkan bahawa kematian Allahyarham Adib sememangnya wujud unsur jenayah, rakyat mula tertanya-tanya di manakah keempat-empat orang suspek tersebut.

“Sandiwara dalam inkues kes Adib dan soalan ini akan saya bangkitkan kembali, kita tunggu apa jawapan menteri,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Disember tahun lalu empat lelaki dipercayai terbabit insiden pukul anggota bomba dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dibebaskan daripada reman.

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Minggu lalu, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Allahyarham Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.

Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.

Allahyarham Adib, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu.


Read more »

PELABURAN TIDAK MUNASABAH? TAPI DIVIDEN TINGGI 9 TAHUN BERTURUT-TURUT - NAJIB





Bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang beralasan pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan terdahulu telah menyebabkan rendahnya dividen untuk ahli Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan 2018.

“Tapi kita telah memberi dividen yang tinggi untuk 9 tahun berturut-turut masa saya PM. Purata dividen dan bonus tahunan sepanjang tempoh ini adalah 14.1% setahun.




“Kenapa pula kita tidak mengalami situasai “pelaburan tidak munasabah” sepanjang tempoh itu?

“Memang langsung tiada kaitan dengan pasaran saham Malaysia yang paling corot dalam dunia dan ekonomi Malaysia yang terus merosot selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ke? Soal Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, LTAT mengumumkan dividen kepada ahlinya hanya 2.0 peratus (%) bagi tahun 2018.

Untuk rekod, kerajaan Barisan Nasional (BN) di era Najib, dividen dan bonus LTAT pada tahun 2009 adalah sebanyak 14%, 2010: 14%; 2011: 15%; 2012: 16%; 2013: 16% 2014; 15%; 2015; 12%; 2016: 12%; dan 2017: 12.5%.

Justeru tambah Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, pasti rakyat akan ternanti-nanti prestasi LTAT bagi tahun berikutnya di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Tak apa. Kita tengok bulan Mac tahun depan berapakah dividen LTAT untuk tahun 2019.

“Kerana saya tengok harga saham pelaburan utama Boustead masih belum memulih dan masih 67% di bawah harga sebelum PRU14 sedangkan sudah masuk bulan Oktober,” katanya.

Tahun lalu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Pan) pernah berjanji untuk mengisytiharkan dividen LTAT pada bulan Februari tahun ini seperti amalan tahun-tahun sebelum tetapi gagal isytiharkannya.

Kemudian Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu berjanji sekali lagi akan mengumumkannya pada Jun atau paling lewat Julai tahun ini tetapi tetap gagal berbuat demikian.


Read more »

APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH






SESUDAH lebih 500 hari PH menjadi kerajaan, suara kemarahan dan tidak puas hati terhadap pentadbiran PH semakin menjadi-jadi.

Bagi rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, tetapi mengundi PH di PRU 14, mereka menyesal memilih parti PH kerana janji-janji yang tak tertunai.

Bagi penggerak dan pejuang tegar PH mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu yang setia, dan satu lagi yang kritikal.

Orang seperti Dr Rais Hussin yang dianggap sebagai “Chief Strategist” Parti mulai menunjukkan sikap kritikalnya terhadap kemampuan PH.

Dia terpaksa menanggung kesan akibat kenyataan terbukanya yang dianggap menyalahi disiplin parti.

Tetapi golongan seperti beliau, termasuk seorang penulis tegar pendokong PH dan pembelasah UMNO-PAS, Dennis Ignatius, (FMT, 25 Sept, 2019, This by-Election, Save PH by Voting BN) tetap menganggap bahawa dalam semua hal PH adalah tetap pilihan mereka, di sebalik kritikan pedas terhadap parti PH mereka sendiri.

Dennis menganggap dengan mengalahkan PH kali ini di PRK Tanjung Piai akan memberi pengajaran kepada mereka tentang kegagalan menangani isu dan masalah yang dihadapi negara hari ini.

Adalah sesuatu yang jelas menunjukkan kekecewaan (disenchantment) mereka sendiri terhadap harapan yang mereka sandarkan terhadap PH.

Walaubagaimanapun, bagi golongan kritikal ini masih menganggap bahawa politik BN sudah tamat riwayatnya. Mereka masih terbuai dengan menu politik kleptocracy dan rasisme yang dijaja selama ini.

Dengan jajaan ini mereka yakin rakyat akan tetap di belakang menyokong mereka. Dan BN sudahpun dikafan dan dikuburkan dalam liang lahat masa.

Mereka tidak terfikir bahawa BN boleh bangkit semula menjadi pilihan yang baik. Bagi mereka yang belajar dari kesilapan dan kelemahan lalu tentunya akan memperbaiki diri dan parti untuk menjadi yang lebih baik.

Kisah bagaimana sebuah kerajaan baru yang dibentuk hanya bertahan satu penggal saja sudah ada di depan mata.

Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang muncul menjadi kerajaan popular dalam pilihan raya Jepun 2009 menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang begitu lama menguasai kerajaan.

Namun DPJ hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan hilang kuasa pada tahun 2012.

Punca kekalahannya sama seperti yang kita saksikan hari ini dalam kerajaan PH.

Antara faktor utamanya ialah krisis dalaman dan perkelahian terbuka antara anggota parti sehingga rakyat bosan dan meluat.

Dan mereka masih menyangka bahawa rakyat masih tetap bersama dengan mereka atas sentimen bahawa tidak mungkin rakyat akan kembali semula memilih LDP untuk memerintah Jepun, kerana LDP telah memerintah terlalu lama dan diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal sejak tahun 1955 lagi.

Kedua, DPJ tenggelam punca dan ketidakmampuan untuk melaksanakan semua janji-janji perubahan. Mereka telah menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat Jepun, ketika sentimen kebencian terhadap LDP memuncak ketika itu.

Akhirnya DPJ (yang terdiri dari pelbagai gabungan parti itu) terperangkap dalam paradok janji reformasi terhadap rakyat. Rakyat hanya menyaksikan perubahan parti politik tetapi polisi masih sama (paradox of political change without policy change).
Pada pilihan raya 2012, LDP kembali berkuasa. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi pemerintah sejak tarikh tersebut, rakyat akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada LDP untuk mentadbir Jepun hinggalah sekarang.

Dan LDP belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Ia mulai berkembang dengan meluaskan jaringan kerjasama dengan parti-parti lain seperti New Conservative Party (Hoshu Shinto) dan Buddhist New Komeito pada tahun 2003.

Selepas kekalahan pada pilihan raya 2009, LDP kembali semula ke pentas politik nasional dan bekerjasama dengan sebuah parti New Komeito pada pilihanraya 2012.

DPJ yang masih dibuai oleh anggapan palsu bahawa rakyat masih menyokong hanya mampu melihat kemenangan mutlak LDP kembali berkuasa.

Mengambil kisah dari LDP ini, PH tidak boleh terlalu angkuh menganggap bahawa rakyat masih bersama dengan mereka.

Mereka berfikir bahawa masih tiada muhasabah di kalangan BN. Dan BN masih tidak mahu belajar dari kesilapan mereka yang lalu. Budaya lama yang buruk masih menguasai BN.

Kemenangan tiga PRK dengan kerjasama BN-PAS adalah petanda awal kepada kerapuhan PH.

Tetapi bila kemenangan PH di PRK Sandakan, DAP khususnya dengan bangga menyatakan bahawa rakyat tetap bersama mereka dan menolak politik BN. Ia menutup mata-hati mereka bahawa mereka sebenarnya berada di ambang kejatuhan.

Tanjung Piai akan menjadi satu lagi penanda aras samada kerajaan PH ini akan terus diterima rakyat atau sebaliknya.

Meskipun pihak BN sedang serius membuat pertimbangan calon, namun akan sampai masanya apabila rakyat sudah tidak kisah siapa pun calon asalkan PH dapat dikalahkan.

Dan yang menariknya ialah para pendokong tegar PH seperti Dennis Ignatius sendiri mahukan PH tewas kali ini. – UMNO ONLINE

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Read more »

Monday, September 30, 2019

IPTA DIPERALAT ANJUR KONGRES MARUAH MELAYU: KHALED TIMBULKAN TIGA PERSOALAN






Timbul persoalan mengapa Institut Pengajian Tinggi Awam diperalatkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya menganjurkan Kongres Maruah Melayu.

Perkara demikian dilontarkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merujuk pada 6 Oktober ini, Universiti Malaya (UM) dan beberapa universiti awam akan menganjurkan kongres tersebut tetapi sehingga kini tiada pihak boleh menjelaskan apa sebenarnya tujuan dan matlamat akhir yang ingin dicapai.

“Ia telah menjadi pengetahuan umum bahawa UM dan IPTA sebenarnya diperalatkan oleh ahli politik Bersatu untuk mengadakan kongres ini.




“Jika tidak, mengapa UM dan IPTA lain, tidak kelihatan bersungguh-sungguh atau serius mempromosikan kongres ini.

“Melainkan kerana kongres ini sebenarnya didalangi pelbagai sekutu politik Tun Mahathir (Mahathir Mohamad) dan tidak diadakan dengan niat yang serius,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi menimbulkan persoalan asas kepada penganjur.

“Pertama sekali, mengapa ia digelar Kongres Maruah Melayu? Adakah kerana maruah bangsa Melayu kini sudah benar-benar tercalar dan merosot semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan?

“Sehinggakan maruah Melayu terpaksa menjadi subjek yang perlu di-kongres-kan? Jika tidak masakan maruah Melayu perlu dibicarakan?

“Saya yakin, jika maruah Melayu tidak susut dan merosot dengan deras, sudah pasti tiada keperluan untuk UM dan IPTA kita dikerah mengupasnya dengan cara dan nada yang kedengaran sangat terdesak ini,” bidasnya.

Persoalan kedua tambah Khaled, mengapa kongres ini tiba-tiba dianjurkan sebaik sahaja termeterainya perjanjian persefahaman politik UMNO-PAS.

“Adakah ini kebetulan atau sebenarnya Kongres Maruah Melayu ini ingin dijadikan saingan gerakan penyatuan Ummah yang dicetuskan oleh UMNO dan PAS?

“Jika itulah tujuannya, mengapa IPTA yang diperkudakan dan bukannya Bersatu sendiri yang menganjurkannya? Tanyanya lagi.

Seterusnya, Khaled menelah bahawa Bersatu telah mengabdikan dirinya pada Dap dan berada dalam keadaan yang sangat tersepit untuk menjadi suara orang Melayu yang lantang.

“Justeru, dalam kesempitan sedemikian, tidak mungkin Bersatu bersedia dan berupaya untuk menganjurkan kongres yang nyata sifat dan nadanya adalah memperjuangkan Melayu.

“Sudah pastilah Bersatu risau yang tindakan sedemikian akan hanya mengundang herdikan Lim Kit Siang (Penasihat Dap) dan sekutunya,” jelasnya.

Soal Khaled lagi, jika benar ia dianjurkan untuk menangani masalah maruah bangsa Melayu, mengapa perlu IPTA yang menganjurkannya.


“Apakah semenjak PH memerintah, IPTA di Malaysia ini telah menjadi lebih pro-Melayu dan bukannya pro-Malaysia secara umum? Sejak bila IPTA harus memikirkan tentang maruah bangsa Melayu?

“Bukankah tugas dan fokus nasional IPTA adalah membangun, mengembang, meneroka dan mengembangkan ilmu? Bukannya menjadi juara orang Melayu dan kemaslahatannya secara eksklusif.

“Kepada semua IPTA di Malaysia, politik dan maruah orang Melayu adalah tanggungjawab moral orang politik dan parti politik bangsa Melayu. Bukan tugas kalian secara khusus,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berpandangan jika IPTA memikul desakan tersebut kini, tidak mustahil selepas ini akan ada pula desakan-desakan yang lebih lantang untuk IPTA menganjurkan pula Kongres Maruah Cina atau India atau peribumi Sabah dan Sarawak.

“Pada saat itu, IPTA akan kehilangan kawalan terhadap fokus dan tanggungjawab akademiknya yang lebih mustahak.

“Sekalipun IPTA ingin dilibatkan dalam mengembalikan maruah orang Melayu yang tercalar sejak PH memerintah, tugas IPTA harus berkisar pada tindakan memaklum atau mengongsikan dapatan-dapatan tentang kebolehsaingan bangsa Melayu.

“Tetapi, parti politik dan pemerintahlah yang harus menggunakannya dengan menampilkan dasar dan program yang sewajarnya,” tegasnya lagi.

Jika tidak tambah Khaled, IPTA akan dilihat gagal dalam tanggungjawabnya untuk tanah air ini yang sepatutnya neutral dan tidak berkepentingan politik.

“Yang lebih memalukan adalah apabila IPTA akan dilihat menjadi tali barut Bersatu demi mengemukakan agenda politik yang mereka sendiri tidak berani dan sanggup nyatakan secara tegas dan terbuka.

“Kekallah sebagai menara gading kebanggaan semua. Jangan tukarkan diri anda menjadi taman ‘bunga raya’ yang semakin kecut dan layu,” bidasnya lagi.


Read more »

KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN







Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin menegaskan bahawa ‘enam jahanam’ iaitu Tommy Thomas (Peguam Negara), YB. V. Ganabatirau (Exco Dap Selangor), M. Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia), P. Waytha Moorthy (Menteri Perpaduan), Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli) meletak jawatan ekoran keputusan inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berpunca dari jenayah.

Katanya, mereka adalah enam orang yang menjahanamkan perpaduan kaum dan berlaku khianat atas jawatan yang disandang.

“Rusuhan berlaku kerana ada di antara mereka yang menyimbah minyak ke api yang sedang membara. Sebaliknya, sebagai seorang Peguam Negara, Menteri atau Exco Negeri, mereka sepatutnya memadam api perkauman dan menjulang keharmonian antara kaum yang menjadi tunjang utama masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Ujarnya, jawatan yang di amanahkan sewajarnya digunakan sebaik-baiknya untuk mendukung perlembagaan dan menghormati perasaan kaum lain.

“Apa yang berlaku menunjukkan enam jahanam ini tidak pedulikan tentang keharmonian kaum. Mereka sanggup mencetus rusuhan kaum hanya kerana untuk mendapat populariti politik. Tindakan mereka sama seperti harapkan pegar, pegar makan padi.”

Beliau berharap agar kes Adib ini dilayan sama seperti kes Kugan Anathan tahun 2009.

“Pesalah patut dicari hingga ke lubang cacing dan dihukum dengan setimpal. Rakyat terumatanya kaum Melayu memandang serius perkara ini. Jangan kerana ingin mempertahankan hanya beberapa orang pesalah tetapi menggadaikan keharmonian kaum yang telah sekian lama dibina,” tegasnya.

Dengan ini, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Tunas Muda menyokong saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak beberapa perkara berikut diambil tindakan segera:

(1) Menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan dan meminta maaf secara terbuka diatas kekhilafan besar kerana memfailkan afidavit yang berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh yang jelas mendahului prosiding Inkues.

(2) Menyarankan pihak Polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenalpasti dan menyiasat suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Adib.

(3) Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

(4) Mendesak Exco Dap Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

(5) Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.


Read more »

share2