Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 18, 2019

PENYATUAN UMMAH DAN PROPAGANDA GELABAH PH






Para strategis dalam Bersatu, Dap, PKR dan PAN begitu gelabah dengan konsep penyatuan ummah UMNO-PAS, BN dan NGO-NGO Islam.

Ketika mengulas komen Rafizi Ramli saya telah menyatakan hanya Iblis tidak suka orang Islam bersatu.



Iblis juga tidak suka manusia berbaik-baik kerana mereka telah berazam untuk merosakkan manusia sehingga kiamat.

Ada dua tema dalam propaganda gelabah Pakatan Harapan berhadapan konsep penyatuan ummah.

Pertama penyatuan ummah merbahaya kepada perpaduan kaum.

Tema ini sangat dangkal dan mudah dimatikan kerana Tun Mahathir sendiri sudah acap kali menyatakan kelemahan umat Islam adalah kerana kita gagal bersatu.

Cuma kali ini kita bersatu bukan di bawah pimpinan Mahathir yang bekerjasama dengan Dap.

Tema kedua ialah Penyatuan Ummah adalah alat kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi. Hari ini, Datuk A Kadir Jasin mencemuh penyatuan ummah sebagai alat Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi memyelamatkan diri dari kes Mahkamah.

Secara logiknya kita tidak nampak bagaimana kedua-dua mereka boleh menggunakan penyatuan ummah untuk menyelamatkan diri. Ini kerana mahkamah tidak mengambil kira populariti di luar untuk membuat keputusan.

Mahkamah zaman Mahathir tiada masalah memenjarakan Anwar Ibrahim yang ketika itu lebih popular dari keadaan Najib Razak hari ini.

Orang gelabah memang hilang rasional. Demikianlah cubaan Kadir untuk berhujah penyatuan ummah alat menyelamatkan Najib dan Zahid.

Di bawah pentadbiran Mahathir tiada sesiapa dapat menyelamatkan Najib dan Zahid kecuali takdir Allah dan keberanian seorang hakim.

Penyatuan ummah adalah kerjasama politik bagi menyelamatkan identiti negara ini dalam Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menghalang pengamalan agama lain; memelihara kedudukan masyarakat pribumi, bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu.

Para propagandis PH seperti Kadir Jasin berpura-pura tidak faham bahawa penyatuan ummah adalah alat orang Islam menentang hegemoni Dap dalam pentadbiran negara.

Jika Najib Razak dan Ahmad Zahid dipenjarakan pun penyatuan ummah akan tetap berlaku kerana ia adalah gerakan massa dari bawah.

Najib, Zahid dan Hadi hanya mengikut arus yang dibawa oleh umat Islam negara ini. Jika ada antara mereka yang menentang, mereka juga akan hilang sokongan dan pengikut.

Kadir atau sesiapa sahaja boleh terus berada dalam sindrom penafian (denial syndrome) namun realiti di bawah sudah berbeza.

Mahathir boleh penjarakan Najib dan Ahmad Zahid serta mengharamkan UMNO. Namun percayalah gerakan penyatuan ummah ini akan menjadi tetap menjadi satu gerakan besar menjelang PRU akan datang.

Majoriti umat Islam di negara ini sudah melihat kerosakan yang dilakukan oleh kerjaaan pimpinan Dap ini ke atas identiti negara dan juga ekonomi negara.

Justeru pilihan di tangan Mahathir, sama ada menyertai gerakan ini dan menumbangkan DAP atau beliau sendiri akan turut tumbang bersama Dap.

Ab Jalil Becker


0 comments:

share2