Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 16, 2019

AHLI UMNO PERLU MENERUSKAN AGENDA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT






KUALA LUMPUR - Ahli UMNO secara keseluruhannya diseru agar meneruskan agenda menjaga kebajikan rakyat walapun tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.
.
Berucap sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, YB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Yaakob berkata, UMNO perlu terus memenangi hati dan pemikiran rakyat.
.
"Yang penting, kita perlu terus memenangi hati dan pemikiran rakyat dalam menjaga kebajikan semua (kaum), Cina, India, Orang Asli dan sebagainya. Bukan hanya sekadar Melayu sahaja," katanya.
.
Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang turut menekan bahawa kolaborasi UMNO dan PAS adalah yang terbaik bukan sahaja untuk Melayu, tetapi untuk semua kaum dan ugama diseluruh Malaysia.
.
Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Datuk Rizalman Mokhtar yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.


0 comments:

share2