Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 20, 2018

[ROMPIN] KAEDAH TUBA CEMARI MUSIM UDANG GALAH


Kaedah tuba cemari musim udang galah



Air sungai yang surut, ditambah lagi dengan kedatangan musim udang galah memeriahkan Sungai Rompin dan sungai-sungai lain di daerah ini.

Ia memberi kelebihan kepada nelayan sungai untuk menambah pendapatan selain menarik pemancing tempatan dan luar untuk berkunjung, sekali gus menaikkan sektor pelancongan. Bagaimanapun, ketamakan segelintir untuk mendapatkan udang galah dalam kapasiti besar menggunakan kaedah haram dibimbangi merosakkan kemeriahan tersebut.

Penduduk Kampung Aur, Ahmad Rizal Abdul Hani, 39, berkata, pihak berkenaan itu menggunakan kaedah haram seperti menuba dan seharusnya ditangani segera. Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan agar kejadian seumpama itu tidak berlaku.

“Setakat ini saya dengar-dengar ada yang mula nak menuba untuk mendapatkan udang galah dalam kapasiti besar dengan cara mudah. “Kemeriahan memancing udang baru saja nak pulih dan jangan dirosakkan, pihak berkuasa perlu pantau agar mereka takut untuk melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian, di Mudzam Shah, di sini, hari ini. Rompin merupakan daerah yang terkenal di Pahang sebagai destinasi memancing udang galah atau popular dengan gelaran ‘jenggo’ di kalangan pemancing.


0 comments:

share2