Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 14, 2018

ENAM ACARA TAHUNAN PACU PELANCONGAN PULAU TIOMAN



Enam acara tahunan pacu pelancongan Pulau Tioman



Lembaga Lembaga Pembangunan (TDA) memperuntukkan kira-kira RM300,000 setahun bagi menjayakan semua acara dalam memacu pelancongan Pulau Tioman.

Acara berkenaan ialah Tioman Surfestival, Bubble Camp, Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco Challenge, Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally, Start In Tioman dan Royal Pahang Billfish International Challenge.

Kesemua acara itu telah disusun mengikut tarikh sesuai dan memenuhi kalendar tahunan pelancongan Pulau Tioman.

Pengurus Besarnya, Khairur Rizal Ramli, berkata, penganjuran acara itu bertujuan memperkenalkan Pulau Tioman sebagai pusat pelancongan tumpuan dalam negara.

Menurutnya, setelah beberapa tahun penganjuran, prestasinya menunjukkan impak positif dengan peningkatan peserta dan pengunjung.

"Kita harap kesemua acara tahunan ini akan mencapai objektifnya supaya Pulau Tioman berada di tahap terbaik berbanding pulau peranginan lain.

"Ia juga memberi impak positif kepada penduduk dan pengusaha tempatan yang mendapat tempias daripada kehadiran pelancong," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khairur Rizal berkata, antara acara yang berjaya setakat ini adalah Tioman Surfestival yang dianjurkan pada musim monsun atau tengkujuh.

Katanya, ia berjaya menarik penyertaan pelancong asing dan tempatan serta mencatatkan pertambahan peserta setiap tahun.

"Bagi tahun ini ia sudah dianjurkan buat kali kelapan dengan memanfaatkan keadaan ombak besar pada musim monsun.

"Ia juga mendapat kerjasama agensi kerajaan dan NGO serta penaja. Bermula dengan hanya 54 peserta pada 2013,bilangannya bertambah kepada 116 tahun ini manakala jumlah kehadiran pelancong seramai 1700 berbanding 800 ketika kali pertama dianjurkan," katanya.

Menurut Khairur Rizal, selain luncur ombak, gerai jualan penduduk tempatan dan acara sampingan seperti memanjat tembok, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan, pameran serta acara tarik tali turut mendapat perhatian.


0 comments:

share2