Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 12, 2018

AADK PAHANG SASAR SIFAR ADUAN, BEBAS TOHMAHAN


AADK Pahang sasar sifar aduan, bebas tohmahan



Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, menyasarkan sifar aduan dan mengekalkan rekod bebas tohmahan salah laku dan rasuah membabitkan pegawai dan anggotanya tahun ini.

Pengarahnya Rujhan Ramli berkata, sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada indeks prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan kepada agensi itu.

Menurutnya, rekod bebas daripada segala persepsi berkaitan rasuah yang boleh dikaitkan dengan agensi tersebut turut disahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“KPI yang telah ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah untuk memastikan imej dan integriti AADK sentiasa terjaga dengan baik kerana kita sedar peluang dan ruang untuk melakukan perkara salah laku itu adalah besar.

“Berdasarkan rekod AADK Pahang bagi tahun lalu, kita telah mencatatkan rekod bersih sepanjang 2017 dan berharap ia masih dapat dikekalkan juga bagi tahun ini.

“Dalam usaha mengekalkannya, selain daripada bekerjasama dengan SPRM turut diadakan pelbagai program dalaman seperti peringatan dan latihan jati diri dalam memastikan pegawai dan anggota AADK sama ada di sini (Kuantan) dan daerah lain dapat mengelakkan diri daripada terbabit dalam perbuatan rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AADK bersama SPRM di Kompleks KDN Pahang, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Hadir menyaksikan, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri, Jamaluddin Puteh.

Pada majlis tersebut, seramai 220 pegawai dan anggota AADK menandatangani sekali gus melafazkan ikrar anti-rasuah.

Dalam pada itu, menurut Rujhan, pelbagai program akan dirancang melibatkan SPRM dalam tugas mencegah penyalahgunaan dadah dari masa ke semasa.

“Penglibatan tersebut bagi memastikan tugas-tugas agensi ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kita juga akan mempertingkatkan usaha dan penglibatan AADK bersama agensi-agen

Sumbersi lain agar mampu memainkan peranan lebih aktif, khususnya dalam tugas membanteras gejala penagihan dadah di negeri ini,” katanya.


0 comments:

share2