Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 3, 2017

KISAH 'ORANG MINYAK ' PECAH RUMAH DI MELAKA PALSU





Melaka – Hentikan penyebaran kejadian ‘orang minyak’ melakukan jenayah pecah rumah kerana ia tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

Beliau menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita palsu itu yang kini tular di media sosial WhatsApp sehingga menimbulkan keresahan masyarakat.

“Sekiranya ada tangkapan awam (terhadap penjenayah), ia perlu dimaklum dan diserahkan terus kepada pihak berkuasa tanpa mengambil tindakan sendiri,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini.

Afzanizar menyatakan demikian sebagai mengulas penyebaran mesej tentang kemunculan ‘orang minyak’ konon aktif melakukan pecah rumah di sekitar kawasan Kandang, Duyong dan Ayer Molek dan di daerah Jasin.

Tambah beliau lagi, pihak yang dikesan cuba menyebarkan sebarang maklumat palsu terbabit sebenarnya boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 211 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan di mahkamah, individu tersebut boleh dikenakan peruntukan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.


0 comments:

share2