Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 4, 2017

MALAYSIA KEKAL BANTAH TINDAKAN PENTENTERAAN


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Malaysia mengekalkan pendiriannya menentang sebarang bentuk pententeraan terhadap beberapa pulau buatan di Laut China Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pihak berkuasa China telah memaklumkan kepada kita bahawa pulau-pulau berkenaan tidak akan dijadikan sebagai pententeraan," katanya kepada pemberita di luar sidang tahunan Dialog Shangri-La, di di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis yang memberitahu forum keselamatan itu bahawa Washington tidak akan menerima pententeraan pulau-pulau di Laut China Selatan oleh Beijing.

"Selama ini, itu adalah pendirian Malaysia dan tidak ada perubahan," katanya sambil menambah beliau tidak sabar untuk bertemu dengan Mattis pada mesyuarat dua hala dengan negara itu.

Ditanya mengenai tinjauan Laut China Selatan, Hishammuddin menanggapnya sebagai 'terkawal'.

Katanya, kebimbangan utama Malaysia adalah 'insiden yang tidak dingini dan tidak sengaja baik di laut mahupun di udara' sehingga menjadi di luar kawalan.

Beliau berkata jika wujud perkara-perkara yang dilakukan oleh Bejing yang tidak memuaskan hati, maka Malaysia boleh berunding secara langsung susulan hubungan baik yang sedia terjalin dengan China dan Amerika Syarikat.

Terdahulu semasa berucap mengenai 'Cabaran Baharu Pengurusan Krisis di Asia Pasifik', Hishammuddin berkata usaha mengekang cita-cita kumpulan pengganas Daesh di rantau Asia Pasifik dan penularan pengaruh kumpulan itu secara global menjadi cabaran utama pada tahun ini.

Beliau menekankan bahawa dari tahun 2013 hingga 2016, pihak berkuasa Malaysia telah menahan 250 individu yang disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan militan tersebut.

"Saya amat sedih untuk menyatakan bahawa siri serangan keganasan di Marawai, Mindanao oleh anggota militan turut termasuk rakyat Malaysia, Ramai di antara individu terbabit adalah daripada latar belakang yang baik dan berprofesion," katanya.

Menurutnya, cabaran kedua paling menonjol tahun ini adalah peningkatan ketegangan dan ketidakstabilan di Semenanjung Korea.

"TIada siapa dapat menjangkakan kesan secara langsung daripada situasi ini. Pembunuhan kejam abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kami tidak terlindung daripada dunia dan masalah-masalahnya.

"Masalah ini bukan semata-mata kerana sikap tidak menentu regim Pyongyang malah hasrat Presiden Moon Jae-in untuk berunding dengan Korea Utara amat dipuji, hakikatnya ini tidak menghalang Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu hampir setiap minggu.

"Kontroversi berhubung pemasangan Sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) di Korea Selatan juga menjadikan potensi untuk mewujudkan situasi amat rapuh.

"Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengulangi gesaan Malaysia supaya sikap menahan diri dan dialog diadakan mengenai isu Semenanjung Korea kerana tiada siapa akan menerima manfaat daripada konflik ini terutama apabila membabitkan senjata nuklear" katanya.


0 comments:

share2