Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 24, 2017

[LIPIS] KUMBANG JANTAN MATI DILANGGAR KENDERAAN


Kumbang jantan mati dilanggar kenderaan


Seekor harimau kumbang jantan seberat kira-kira 50 kilogram mati dilanggar sebuah kenderaan di laluan Central Spine Road (CSR) dekat Sungai Yu, Merapoh, pagi kelmarin.

Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam jam 10.50 pagi yang memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat tersebut kakitangan Perhilitan Lipis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat seekor harimau kumbang telah mati di bahu jalan.

"Siasatan mendapati haiwan tersebut mati kira-kira lapan kilometer dari jejantas laluan haiwan liar atau Eco Viaduct Sungai Yu.

"Harimau kumbang berusia antara 10 hingga 12 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan bangkai haiwan tersebut dibawa ke Institut Biodiversiti Lanchang untuk proses bedah siasat,"katanya di sini semalam.

Ahmad Azhar turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati memandu kenderaan khususnya di kawasan laluan haiwan liar.

Tambahnya, kemalangan membabitkan harimau kumbang dewasa itu adalah kali pertama dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.


0 comments:

share2