Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 5, 2017

[JENGKA] MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG


Meninggal akibat sakit jantung


Polis mengesahkan kematian seorang peniaga yang rebah di sebuah stesen minyak di Bandar Pusat Jengka di sini, pagi kelmarin adalah akibat serangan sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, mangsa, Azmi Abdul Khadim, 41, tinggal di Taman Jengka Impian.

"Ketika kejadian, jam lebih kurang 9.30 pagi semasa mangsa berada di rumah di Taman Jengka Impian Bandar Jengka telah mengadu kepada isterinya beliau sakit dada lalu isterinya mahu membawa mangsa ke unit kecemasan Hospital Jengka.

"Ketika dalam perjalanan mereka telah singgah sebentar di stesen minyak Shell Bandar Jengka untuk ke tandas. Mangsa telah rebah di lantai simen dan isterinya menghubungi Hospital Jengka.

"Setelah pasukan perubatan sampai dan menjalankan pemeriksaan didapati mangsa telah meninggal dunia. Mangsa kemudian dibawa ke hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat," katanya semalam.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang di jalankan oleh Dr Husna Mohamad Hazim telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di sebabkan sakit Acute Coronary Syndrome iaitu serangan jantung.

"Siasatan pihak polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.


0 comments:

share2