Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 20, 2017

E-TANAH INISIATIF KERAJAAN KE ARAH PENTADBIRAN DIGITAL



e-Tanah inisiatif kerajaan ke arah pentadbiran digital


Kuala Lumpur - Sistem e-Tanah merupakan inisiatif proaktif kerajaan untuk merealisasikan pentadbiran secara digital, sekali gus meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, selain memudahkan rakyat, pelaksanaan sistem itu akan memberikan imej positif terhadap tahap daya saing negara di kaca mata pelabur asing dan agensi penilaian antarabangsa.

“Perkara ini sekali gus akan melonjakkan ekonomi negara kerana ia akan memudahkan urusan para pelabur asing untuk masuk dan memulakan perniagaan di Malaysia,” katanya selepas melancarkan Sistem e-Tanah peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.

Sistem e-Tanah adalah sistem pengurusan dan pentadbiran tanah secara elektronik yang beroperasi menggunakan konsep ‘Kaunter Single Point of Contact’ dan merangkumi sembilan modul.

Wan Junaidi berkata, pelaksanaan pentadbiran digital juga akhirnya menjurus kepada soal menghubungkan masyarakat dengan kerajaan termasuk agensi berkaitan pentadbiran tanah termasuk Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Bagi tujuan tersebut, kaunter ‘Single Point of Contact’ (SPOC) diperkenalkan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi membolehkan semua urusan tanah diuruskan di satu kaunter sahaja. 


0 comments:

share2