Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 3, 2017

CUKUP-CUKUPLAH KITAR SEMULA ISU 1MDB - SHARKAR





Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pembangkang sebenarnya sudah semakin terdesak dan kerana itulah mereka kini hanya mampu memainkan isu-isu dikitar semula untuk menyerang kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, pembangkang sebenarnya muflis modal politik sehingga terpaksa terus memutarbelit isu-isu lapuk meskipun isu yang diutarakan itu sudah diberi pelbagai penjelasan serta jawaban.

“Pembangkang sebenarnya semakin terdesak dan tandus isu…. isu 1MDB sudah terangkan banyak kali dan semuanya telah dijawab tapi mereka asyik kitar semula.

“Tolonglah ‘move on’, jangan asyik cari publisiti murahan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sharkar berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa yang menggesa semua Ketua Bahagian UMNO dan BN memulangkan semula duit yang diterima daripada Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana wang tersebut dikatakan wang rakyat.

Tambah Sharkar, pembangkang harus sedar, sudah menjadi tanggungjawab seorang ketua parti untuk mencari dana bagi memastikan segala program parti dapat dijalankan.

“Memang kerja ketua parti cari duit… contoh ketua-ketua bahagian saya minta duit untuk jalankan aktiviti, mereka tidak pernah tanya duit datang dari mana…

“Kalau ketua parti tidak boleh cari duit maka jangan jadi ketua parti. Kita beruntung kerana ketua parti kita sangat telus. Datuk Najib sudah terangkan banyak kali tapi pembangkang ni cakap apapun mereka tidak akan percaya.

“Mujahid juga perlu sedar, apa yang didedahkan oleh Rafizi (Ramli) bukannya betul kerana telah terbukti Rafizi suka menipu ,” selar beliau.

Justeru beliau juga meminta agar pihak pembangkang berhenti membuat fitnah di bulan Ramadhan dan belajarlah untuk menerima kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.


0 comments:

share2