Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 3, 2017

[RAUB] SEORANG LELAKI TIDAK SIUMAN MAUT DIPUKUL


Seorang lelaki tidak siuman maut dipukul


Seorang lelaki dipercayai tidak siuman maut selepas dipukul oleh dua individu dalam kejadian di rumahnya bernombor 78 Taman KSM, Sg. Ruan, Raub di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Chong Ah Moi,75 ayah kepada mangsa, Chin Yook Sin, 45 pada jam 2 pagi.

Menurutnya, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.50 malam Ahad lalu dan hasil siasatan awal mendapati apabila suspek yang berasal dari Sg Ruan itu sedang melalui rumah mangsa dan secara tiba-tiba terdengar mangsa memanggil namanya.

"Suspek telah memberhentikan kenderaannya dan keluar dari kenderaan. Namun secara tiba-tiba Yook Sin bertindak menyerang dan memukul ayahnya menggunakan dua batang besi. Suspek berjaya merampas kedua besi tersebut namun Yook Sin telah mengambil sebatang lagi besi lain dan bertindak memukul tertuduh semula.

"Suspek bertindak mempertahankan diri dengan memukul mangsa menggunakan kedua besi yang dirampas daripadanya," katanya ketika di sini, hari ini.

Wan Zahari berkata, akibat kejadian itu Suspek yang berumur 55 tahun itu mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Raub.

Namun, menurutnya mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bentong dan post mortem ke atas mangsa masih dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata, suspek berjaya ditahan pada Ahad lalu untuk membantu siasatan berhubung kes pukul itu dan rakaman video kejadian itu mula tersebar luas di media sosial sejak malam semalam.

"Siasatan lanjut mendapati suspek telah mengenali Yook Sin lebih kurang 10 tahun yang lebih dikenalinya sebagai Ah Seng. 

"Suspek mengenali Yook Sin adalah seorang yang tidak siuman dan tertuduh dan keluarganya sering dimaki oleh mangsa apabila lalu di hadapan rumahnya.

Tambahnya, seorang lagi suspek telah dikenalpasti dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

"Manakala saksi yang telah dan menviralkan kejadian juga telah dapat dikesan dan kita akan panggil bagi membantu siasatan," katanya.


0 comments:

share2