Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 3, 2017

PENOREH GETAH DICEKUP KERANA MILIKI SYABU


Penoreh getah dicekup kerana miliki syabu


Gemas - Seorang lagi penoreh getah berusia 22 tahun ditangkap polis dalam pemeriksaan sepasukan polis di sebuah rumah di Blok 21, Felda Jelai 2, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 1.30 petang, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menahan lelaki berkenaan dan telah menemui 12 paket plastik syabu dalam satu bekas kecil di dalam poket seluar suspek seberat 2.66 gram.

Menurutnya, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau dan merupakan orang yang dikehendaki dalam satu kes di Melang, Kuala Pilah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah menjadi penagih dan tokan dadah sejak tiga tahun lalu. Kali ini nilaian anggaran dadah jenis syabu yang dirampas bernilai RM1500.

"Ujian urin yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis Meth," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Hamazah berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Sek 12(2) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

"Suspek kini ditahan di lokap IPD Tampin dan akan ditahan reman bagi membantu siasatan.


0 comments:

share2