Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 17, 2017

MPK AMBIL TINDAKAN TERHADAP RUMAH DIJADIKAN KEDAI


MPK ambil tindakan terhadap rumah dijadikan kedai


Shah Alam - Sebanyak 23 unit binaan yang didirikan di atas kawasan milik harta bersama sekitar Pangsapuri Sri Bayu dan Sri Angkasa dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Parit,Jalan Dan Bangunan (Akta 133) oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi mengesahkan perkara tersebut melalui satu kenyataan media, semalam.

"Premis yang didirikan bukan saja tidak berlesen malah ada di antaranya menimbulkan permasalahan lain antaranya tempat letak kereta menjadi padat di mana bumbung disambungkan sesuka hati dan pemilik juga meletakkan barangan di bawah struktur yang di bina.

"Tindakan perobohan diselaraskan oleh Jabatan Bangunan yang telah mengambil tindakan terhadap binaan struktur tambahan di luar sempadan lot pemilik (di atas harta milik bersama)," katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, tambahnya lagi,kewujudan premis berkenaan juga telah menyebabkan lokasi sekitar menjadi tidak terurus.

"Sebahagian kawasan parkir telah dijadikan tempat berniaga dan ada diantaranya menggaji pekerja warga asing di situ.

"Malahan situasi di situ juga menimbulkan risiko kepada penduduk lain kerana terdapat penyambungan elektrik tanpa kawalan seterusnya mengancam nyawa penghuni blok berhampiran jika berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini," katanya lagi.


0 comments:

share2