Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 1, 2017

[KUANTAN] EMPAT KAPAL TLDM JADI TARIKAN HARI TERBUKA ARMADA


Empat kapal TLDM jadi tarikan Hari Terbuka Armada


Empat kapal dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang merupakan aset terbaiknya menjadi tarikan kepada orang ramai untuk mengunjungi Hari Terbuka Armada, di Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang di sini, kelmarin.

Program itu diadakan selama dua hari berakhir dan hari ini adalah bersempena sambutan ulang tahun TLDM Kali ke-83, Khamis lalu.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, pengunjung berpeluang menaiki dan merasai pengalaman berada di atas empat kapal TLDM yang berlabuh di pangkalan itu.

“Program tersebut bertujuan memperkenalkan aset TLDM yang lengkap dan terbaik sering digunakan untuk mempertahankan perairan negara dalam setiap operasi sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Pengunjung juga diingatkan tentang kewujudan TLDM dan kesiagaan yang ditunjukkan ini dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara merupakan misi utama TLDM.

“Melalui penglibatan bersama masyarakat ini, secara tidak langsung mendekatkan dan mengeratkan hubungan mereka dengan anggota keselamatan,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Program Hari Terbuka Armada 2017 itu dirasmikan wakil Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mazlan Mat Rashid.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, antaranya pertandingan memancing, menaiki bot laju dan pertandingan sukan.

Mohd Reza berkata, TLDM akan terus kekal komited untuk melaksanakan semua penugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan dan rakyat demi memastikan keselamatan dan kedaulatan maritim negara sentiasa terpelihara.

“Pelbagai program diadakan dapat meningkatkan lagi semangat dan kesungguhan pegawai dan anggota dalam perkhidmatan,” katanya.


0 comments:

share2