Pages

Wednesday, May 17, 2017

GURU MENINGGAL DUNIA KETIKA SAMBUTAN HARI GURU


Guru meninggal dunia ketika sambutan hari guru


Pasir Mas - Kemeriahan sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib Satu bertukar pilu apabila seorang guru, Nai Zura Mahamad, 43, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Mangsa yang merupakan guru Bahasa Melayu, difahamkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan dikir barat bersama rakan-rakannya sempena sambutan hari guru.

Menurut salah seorang guru, Othman Mat Zain,52, berkata, arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sangat ceria sepanjang sambutan itu.

"Sebaik sahaja selesai mengadakan persembahan, arwah turun dari pentas dan duduk di kerusi kerana mengalami sesak nafas.

"Tiba-tiba arwah rebah dan sempat dipangku oleh guru-guru lain yang ada berdekatan.

"Kami bawa arwah ke bilik rawatan sekolah dan sempat mendapat rawatan daripada penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tendong," katanya.

Menurutnya, Nai Zura menghembuskan nafasnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor