Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 17, 2017

DUA KETUA POLIS DAERAH, SEORANG PEGAWAI DIREMAN


Dua ketua polis daerah, seorang pegawai direman


PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi mengeluarkan perintah reman ke atas tiga lagi pegawai polis termasuk dua ketua polis daerah bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Perintah reman selama enam hari berkahir 22 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas dipohon pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut maklumat, dua ketua polis daerah yang ditahan itu berusia 54 dan 46 tahun merupakan pegawai yang bertugas di daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Ketiga-tiga pegawai terbabit ditangkap kira-kira pukul 2 pagi dan ditahan di Pejabat SPRM Melaka sebelum dibawa ke Putrajaya jam 8 pagi ini.

Sementara itu, pada sebelah pagi mahkamah yang sama telah mengeluarkan perintah reman bagi kes yang sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


0 comments:

share2