Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 14, 2017

LIYANA JASMAY LIGAT


Liyana Jasmay


Meskipun baru tampil dengan dua single baru, Oh Na Na dan Selesa Tanpamu, Oktober tahun lalu, namun masih ada sesetengah pihak yang melihat Liyana Jasmay 'hilang' dari radar industri seni.

Bagaimanapun tegas wanita berusia 29 tahun ini, dia sebenarnya tidak hilang tetapi sibuk dengan kerja belakang tabir termasuk bakal tampil dengan filem Bella & Jamie tidak lama lagi.

Bahkan ibu kepada dua cahaya mata ini juga bakal melancarkan single terbaru berjudul Rasa Begitu selepas Aidilfitri nanti.

"Saya pelik bila orang kata saya hilang. Padahal saya ada dan sibuk dengan beberapa projek baru.

"Selain sibuk dengan karier seni, saya juga sedang sibuk untuk mengeluarkan koleksi pakaian di bawah label saya iaitu Mermaid Luxe, dan insya-ALLAH saya akan melancarkan koleksi istimewa sempena hari raya dengan kolaborasi portal beli-belah Zalora.

"Mungkin saya dah jarang berlakon, tapi saya masih ada dan akan keluar dengan filem baru hujung tahun ini," katanya yang baru sahaja tampil dengan filem Sindiket arahan Bade Azmi.

Selain itu, menurut Liyana, dia juga akan bekerjasama dengan KRU menerusi satu projek istimewa dalam masa terdekat.

"Apa yang pasti saya akan merakamkan salah satu lagu mereka yang menjadi kegemaran saya. Lagu yang mana? Rahsia," ujarnya yang akan mengumumkan tidak lama lagi.

Ditanya mengenai perancangannya mengeluarkan banyak single dalam tempoh yang rapat, Liyana berkata, dia mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza buat peminat.

"Tidak dinafikan, orang kita belum biasa dengan trend banyak lagu dalam masa yang rapat. "Malah untuk lagu Selesa Tanpamu orang baru nak hadam, tapi saya dah plan untuk keluar dengan single baru.

"Kalau boleh saya mahu industri muzik kita maju seperti industri muzik luar dan kalau kita lihat penyanyi di luar negara tidak ambil masa lama untuk tampil dengan sesebuah lagu baru," jelasnya.


0 comments:

share2