Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 21, 2017

BERPAUT PADA PENUTUP TONG UNTUK APUNGKAN DIRI


Sarawadut menunjukkan bagaimana dia berpaut pada penutup tong untuk mengapungkan diri kepada pasukan


Pangkor - Seorang nelayan warga Thailand hampir menemui ajal apabila terjatuh ke dalam laut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Sarawut Endu, 36, yang bekerja di atas bot nelayan tempatan disedari hilang oleh empat tiga lagi rakannya yang lain sebelum melaporkan kepada pemilik bot.

Sarawut berkata, ketika kejadian keadaan cuaca kurang baik kerana hujan lebat.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku kerana ia terlalu pantas.

"Nasib saya baik kerana ada penutup tong yang terapung dan saya berpaut kepadanya sementara menunggu bantuan," katanya ketika ditemui d pelantar ikan Kampung Sungai Pinang Besar di sini petang semalam.

Sarawadut bernasib baik apabila dia diselamatkan oleh nelayan yang berada di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.06 pagi tadi di kedudukan 50 batu nautika barat laut Pulau Pangkor.


0 comments:

share2