Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 27, 2017

MANGSA CULIK ABU SAYYAF JUMPA FAMILI DI RUMAH PM


Mangsa Culik Abu Sayyaf Jumpa Famili Di Rumah PM


Kuala Lumpur – Dua mangsa culik rakyat Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina diserahkan buat kali pertama kepada keluarga masing-masing, pagi Isnin.

Abdul Rahim Sumas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, yang diculik lebih lapan bulan lalu diserahkan dalam satu majlis ringkas diadakan di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Taman Duta, di sini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta ahli keluarga mangsa yang dibawakan khas dari Sabah.

Tayudin dan Abdul Rahim tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan dari Manila, Filipina. Mereka ialah kru kapal tunda Serudong Tiga diculik pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah.



Tiga lagi rakyat Malaysia turut menjadi mangsa penculikan tersebut ketika kapal berkenaan dalam perjalanan rutin ke Semporna, Sabah selepas menghantar bekalan pasir di Sandakan, pada 18 Julai tahun lalu.

Mereka berdua namun diselamatkan Khamis lalu dalam operasi khas tentera dan polis marin Filipina di perairan Kalinggalang Caluang berhampiran Pulau Pata di Wilayah Sulu, selatan negara jiran tersebut.

Bagaimanapun nasib tiga lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd. Ridzuan Ismail, 33; Fandy Bakran, 26; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23; belum diketahui setakat ini.


0 comments:

share2