Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 28, 2017

ANAK DERITA KANSER SARAF TAHAP EMPAT


Anak derita kanser saraf tahap empat


Pasir Puteh - Ibu dan bapa kepada bayi yang menghidap kanser saraf tahap empat tidak sanggup melihat penderitaan anak mereka dan berharap ia pulih walaupun mungkin memakan masa agak lama.

Mohd Affendy Setapa, 31, berkata, anaknya,, Mohammad Aqif Aqashah, 2, menghidap kanser saraf sejak berusia tiga bulan lagi.

Katanya, petanda awalnya bahagian bawah rusuk anak tunggalnya itu membengkak kerana ketumbuhan.

Menurutnya, anaknya itu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak tiga bulan lalu, hanya sekali dibenarkan pulang.

"Kami yang tinggal di Johor Bahru terpaksa balik ke Kelantan kerana di sini ramai anggota keluarga yang boleh membantu.

"Saya terpaksa meninggalkan kerja kerana perlu menguruskan anak di hospital yang menyebabkan wang simpanan semakin berkurangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Pasir, Gaal dekat sini.

Mohamad Aqif Aqashah disahkan menghidap Left Neuroblastoma Stage IV selepas menerima rawatan di Wad Pediatrik Onkologi di hospital berkenaan.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Nor Shahirah Ramlee, 26, ketika ditemui berkata, pihak hospital belum memberitahu kos sebenar pembedahan anaknya tetapi dia sudah menjangkakan ia terlalu tinggi.

"Keluarga saya memang tidak, untuk berulang alik ke hospital pun sudah cukup berat kepada kami, apatah lagi untuk membiayai kos rawatannya," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Nor Shahirah 7621500186 (CIMB) atau menghubunginya di talian 019-7433684.


0 comments:

share2