Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 22, 2017

TN50: NETIZAN TIDAK SABAR MELIHAT PERUBAHAN


TN50


Shah Alam - Transformasi Nasional 2015 (TN50) yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Nyata masyarakat memberikan sudut pandangan yang positif mengenai pembaharuan yang disampaikan oleh beliau apabila laman Twitter dipenuhi dengan komen-komen daripada netizen.

Ada yang melahirkan sokongan mereka selepas menonton rancangan dialog tersebut dan memuji tindakan Najib itu.

"Saya sangat kagum dengan rancangan #TN50 ini dan ia merupakan satu pendekatan yang bagus kepada masyarakat. Tahniah @NajibRazak dan @Khairykj," tulis seorang pengguna, Nur Husna Ismail.

"Rasa bersemangat menonton #TN50. Mari kita membuat perubahan kepada kehidupan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang," tulis pengguna Twitter, Lidya Azrina.

Bagi pengguna Twitter, Haha_Afiq pula, dia merasakan masih ada harapan buat rakyat Malaysia.

"Melihat kepada rakyat Malaysia yang bercakap dan memberikan pandangan ini, kebanyakan mereka adalah bagus, Rakyat Malaysia, kita masih ada harapan. #TN50," tulisnya.

Bagaimanapun, bagi seorang pengguna, Zuriani Zakaria mengharapkan agar lebih banyak 'tindakan' dibuat berbanding hanya memberi harapan sahaja.

"Di penghujungnya, perkataan yang saya dengar adalah 'harapan' dan 'aspirasi'. Saya lebih suka untuk melihat lebih banyak tindakan, semoga lebih banyak dialog ya, #TN50," tulisnya.

Jumaat lalu, Najib juga turut melancarkan TN50 dan meluangkan masa berdialog bersama 500 peserta merentasi semua komuniti belia dari semua negeri di Malaysia bagi mendapatkan input keperluan warga Malaysia pada masa depan.


0 comments:

share2