Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 19, 2017

TIADA LAGI AMARAN: KPDNKK


Tiada lagi amaran: KPDNKK


Bagan Datuk - Tiada lagi amaran mulut kepada peniaga yang melakukan kesalahan di negeri ini sebaliknya tindakan tegas akan di ambil serta merta jika mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hasan berkata, satu perbincangan bersama pengarah dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak telah diadakan bagi memutuskan pelaksanaan berkenaan.

"Kita telah bersetuju 2017 akan menjadi tahun di mana semua penguatkuasa KPDNKK yang melakukan pemantauan di premis perniagaan di negeri ini, mengambil tindakan terus tanpa memberi amaran mulut kepada peniaga yang melakukan kesalahan.

"Masa memberi amaran mulut kepada peniaga ini sudah tamat kerana kebanyakan mereka tidak serik dan mengulangi kesalahan sama," katanya kepada media selepas Program Advokasi Anti Pencatutan dan Kesedaran Pengguna Perak sempena Pemukiman Menteri Besar di Bagan Datuk, hari ini.

Katanya lagi, dia mahu semua pegawai KPDNKK yang melakukan pemeriksaan di premis peniagaan seluruh negeri ini mengeluarkan notis surat tunjuk sebab kepada peniaga yang bersalah.

"Keluarkan terus notis surat tunjuk sebab mengapa mereka (peniaga) tidak meletakkan tanda harga dan mengapa harga barang yang dijual melebihi daripada harga yang ditetapkan," katanya.


0 comments:

share2