Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 28, 2017

[TEMERLOH] AKSI REMAJA PANJAT 'TEMERLOH' JADI TULAR


Aksi remaja panjat ‘Temerloh’ jadi tular


Aksi berani mati remaja memanjat papan tanda nama Temerloh di Seberang Temerloh yang kini menjadi tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Aksi video selama tujuh saat itu memaparkan beberapa remaja memanjat papan tanda nama Temerloh dan kemudian terjun ke dalam air Sungai Pahang yang melimpahi kawasan tebing sungai ketika banjir.

Aksi yang dirakamkan dari sudut belakang papan tanda itu kini disebarkan di dalam media sosial seperti Facebook dan juga aplikasi Whatsapp.

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali berkata, pihaknya memandang serius isu itu memandangkan kawasan papan tanda berkenaan adalah merupakan kawasan larangan.

“Kita tak sangka perkara ni boleh berlaku apatah lagi pada masa musim banjir yang menyaksikan air sungai melimpah dan mengalir deras yang boleh mengundang bahaya.

“Papan tanda berkenaan juga bukannya dibina untuk dipanjat dan terdapat sambungan wayar elektrik yang sudah tentu aktiviti itu tidak selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, papan tanda berkenaan adalah di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan daerah ini dan aktiviti memanjat papan tanda itu adalah dilarang.

Katanya, pada masa ini pihaknya telah melakukan perjumpaan dengan pemimpin setempat di kawasan itu bagi membantu memastikan perkara ini tidak berulang.


0 comments:

share2