Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 29, 2017

'PUAS SAYA PUSING, BALIK-BALIK JUMPA TEMPAT SAMA'


Mangsa hilang di Bukit Broga ditemui selamat


Shah Alam - Pemuda yang dijumpai selamat selepas enam hari hilang ketika mendaki Bukit Broga mendedahkan pengalamannya sepanjang tersesat.

Mohd Azarul Mukriz Abdul Rahman, 21, yang ditemui selamat hari ini berkata, sepanjang tempoh dia tersesat, dia telah berusaha untuk mencari jalan keluar namun buntu, apabila usahanya tidak berhasil.

"Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama," katanya.

Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi dia ditemui, petik laporan media tempatan.

Terdahulu, Mohd Azrul ditemui selamat kira-kira jam 11:30 pagi semalam.

Mohd Azrul dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.

Dilaporkan turut bersamanya adalah enam individu termasuk dua kanak-kanak dikatakan mendaki bukit berkenaan sebelum dia dilaporkan hilang.


0 comments:

share2