Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 24, 2017

POLIS JUMPA BOM PALSU


Bom palsu


Cheras – Sepasukan anggota polis menemui bom palsu di sebuah pencawang telekomunikasi di Taman Midah Cheras, semalam, selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, panggilan kecemasan diterima memaklumkan satu bungkusan disyaki bom ditemui di lokasi kejadian.

"Unit forensik telah menjalankan pemeriksaan dan menemui span kuning dan putih, wayar dan komponen. Tiada bahan letupan ditemui dan bahan yang dijumpai adalah bom palsu," katanya.


0 comments:

share2