Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 22, 2017

PESTA BELON KL


Pesta Belon KL


Pernah menaiki belon udara panas? Tentu ramai yang menyimpan impian ini, kan tetapi tidak ramai berpeluang mengutip pengalaman menaiki belon udara panas, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai masalah akrofobia atau gayat.

Namun, bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar ala fear factor, tentunya tidak akan mensia-siakan jika ada peluang menaikinya. Tidak hanya naik ‘kosong’, lebih menguja kebanyakan yang pernah menaikinya adalah peluang menikmati keindahan panorama dari angkasa tempat dan kawasan tarikan pelancongan.

Antara lokasi popular paling dikenali sebagai tarikan pelancongan menaiki belon udara panas ini adalah di Australia dan Turki. Dua negara ini bukan sahaja menjadi destinasi utama pelancong luar, bahkan lokasi dan aktiviti belon udara panasnya juga adalah antara senarai wajib kunjung misalnya Yarra Valley di Australia dan Cappadocia di Turki.

Di Malaysia, meskipun belum ada lagi lokasi dan tempat khusus untuk aktiviti belon udara panas ini, namun, umum sudah mula mengetahui, setiap tahun sejak lapan tahun lalu pesta belon udara panas telah diadakan di Putrajaya.

Bagaimanapun, pesta dikenali sebagai MyBalloon Fiesta edisi ke-9 tahun ini yang bakal berlangsung tanggal 10 hingga 12 Mac depan dengan membawa tema sama; ‘belon di dalam taman', buat julung kalinya ke lokasi baharu di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, Desa ParkCity.

Selepas lapan tahun berturutturut menganjurkan pesta belon di Putrajaya, pada tahun ini, MyBalloonFiesta buat julung kalinya kembali membawa tema ‘belon di dalam taman’ ke tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, di kawasan kejiranan indah Desa ParkCity pula.

Dianjurkan AKA Balloon Sdn Bhd, dalam MyBalloonFiesta kali ke-9 ini, sebanyak 18 belon dari 11 negara dengan reka bentuk istimewa dan berwarna-warni dijangka berada di tengah-tengah bandar raya dan hangat cuaca dari jam 4 petang hingga 10 malam pada 10 hingga 12 Mac depan.

Pesta juga dijangka menyaksikan orang ramai dan pelancong dari dalam mahupun luar negara, membanjiri acara tahunan ini. Sesi pagi didedikasikan eksklusif untuk ahli MyBalloonClub dengan persembahan jazz, sarapan dan menaiki belon percuma.

Kemasukan untuk orang ramai hanya dibuka pada sesi petang di mana akan turut diadakan Hot Air Balloon Display dan Night Glow Show dari Jumaat hingga Ahad.

Untuk tahun kedua berturut-turut, MyBalloonFiesta dengan bangganya mengumumkan Kementerian Pelancongan Republik Indonesia sebagai penaja utama dengan kali ini ia turut menampilkan pentas budaya sebagai jamuan mata menerusi tarian kebudayaan penuh warna-warni selain aneka sajian kulinari serta hiburan lain. Bayaran masuk ke pesta boleh didapati di kedai-kedai MyNews.com di Lembah Klang pada harga RM21.

Walau bagaimanapun, harga tiket TIDAK termasuk untuk menaiki belon udara panas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, boleh layari pautan www.facebook.com/ myballoonfiesta


0 comments:

share2