Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 24, 2017

PENCARIAN MENCABAR DENGAN ARUS DERAS, KAYU HANYUT


Pencarian mencabar dengan arus deras, kayu hanyut


Gua Musang - Hujan berterusan dari semalam di kawasan hulu sungai menyebabkan usaha pencarian mangsa lemas di Sungai Nenggiri, di sini, lebih mencabar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, walaupun jambatan Setelu, ditenggelami air sepenuhnya, namun usaha mencari dan menyelamat tetap diteruskan.

"Operasi pencarian diteruskan dengan kaedah 'surface' menghala ke hilir sungai. Pun begitu, arus sungai agak laju dan banyak sisa kayu yang hanyut.

"Selain anggota, sukarelawan yang terdiri daripada orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam operasi berkenaan," katanya lagi.

Terdahulu, seorang lelaki, Adnan Che Soh, 29, dikhuatiri lemas di Sungai Nenggiri selepas terlibat dalam kemalangan setelah motosikal yang dinaiki melanggar motosikal lain di jambatan Setelu.


0 comments:

share2