Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 23, 2017

PELAJAR TIDAK DATANG KELAS, TWEET PROFESOR JADI TULAR


Pelajar tidak datang kelas, tweet profesor jadi tular


Florida - Seorang Profesor mati kutu apabila melihat tiada seorang pelajarnya di dalam kelas itu lapor Boredpanda.

Adam Heath Avitable kemudiannya mula ‘Tweet’ di laman Twitter berikutan bingung kerana tiada siapa yang hadir malah menyangka bahawa dia yang tersilap hari kuliah.




“Kamu tahu bahawa ada peraturan kolej di mana jika Profesor lambat ke kelas lebih dari 15 minit, secara automatik kelas batal, adakah peraturan itu turut berguna sebaliknya?

“Sudah 35 minit berlalu, saya mula meragui diri sendiri, adakah saya beritahu mereka kelas hari ini batal? Hari ini hari Khamis kah? Adakah ini mimpi?” tulisnya di laman Twitter.

Sementara itu, beliau yang juga seorang pelawak turut memuat naik tweet yang kelakar di laman Twitter untuk menghiburkan mengisi masanya.

“Kelas sudah bermula sejak 30 minit lalu namun masih tiada pelajar yang hadir, ingatkan ada seorang yang hadir tetapi rupanya hanya pentadbir dan dia gelakkan saya.

“Keadaan sangat senyap, setiap kali terdengar pintu terbuka, saya bangun dan senyum tetapi tiada siapa yang memasuki bilik kuliah ini,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, selepas 95 minit kelas bermula kelihatan dua orang pelajar memasuki kelas tersebut dan tanpa sebarang ‘maaf’ terus duduk ke tempat masing-masing.

Tweet-tweet tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial malah ramai yang merasa terhibur dengan statusnya itu.


0 comments:

share2