Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 29, 2017

PELAJAR TERGELINCIR DITEMUI MATI LEMAS


Pelajar tergelincir ditemui mati lemas


Machang - Seorang pelajar tingkatan tiga mati lemas selepas tergelincir ke dalam air bertakung berhampiran rumahnya di Ladang Kuala Hau, dekat Temangan, di sini , petang semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa, Ahmad Amirul Azlee Ibrahim, 15 dikatakan ke tempat kejadian bersama dua rakannya sebelum tergelincir dan lemas di dalam air bertakung itu.




Katanya, kejadian kira-kira jam 5.10 minit itu berlaku 600 meter dari rumah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan itu berhampiran laluan utama Ladang Kuala Hau-Temangan yang dinaiki air, sejak Rabu lalu.

"Mangsa berjaya ditemui oleh penduduk kampung beberapa minit kemudian dan dikejarkan ke Hospital Machang (Hosmac).

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada Sinar Harian.

Kawasan tersebut dipenuhi air akibat limpahan sungai berdekatan sejak Petang Rabu lalu namun semakin surut.


0 comments:

share2