Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 16, 2017

PEKAN : “TUN MAHATHIR JAGUH ‘U TURN’ - PM


                            

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh 'U Turn' apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini.

“Pada 26 Dis lalu , Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang.  Pada 14 Januari, lebih kurang dalam tempoh 3 minggu sahaja beliau telah menukar pendidiran dan buat 'U Turn' di mana beliau telah menyatakan bahawa jika pembangkang menang mereka sanggup menimbangkan BR1M."

“Tun Mahathir telah buat terlalu banyak ‘U Turn’ dari segi pendiriannya. Jadi kita boleh anggap Tun Mahathir sebagai ‘Jaguh U Turn’. Dia telah buat kenyataan yang bercanggah dengan diri sendiri satu demi satu.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan 'Kembali Ke Sekolah' Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Pekan.

Perdana Menteri juga berkata sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi pemimpin dalam kerajaan, mereka turut mempertahankan dasar kerajaan memberikan bantuan BR1M itu kepada rakyat.

Dato' Sri Najib sekali lagi menegaskan pemberian BR1M itu tidak seharusnya dijadikan bahan politik kerana ia adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu golongan rakyat yang susah di negara ini dan pemberiannya adalah lebih berkesan kerana ia terus di sasarkan kepada rakyat pendapatan rendah berbanding subsidi pukal seperti petrol dan disel.

"Sejak awal lagi BR1M bertujuan membantu rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 4,000.00 sebulan tanpa mengira pendirian politik mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Najib turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir bahawa pembangkang akan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika pembangkang memerintah sebagai satu 'omongan' kosong untuk mengabui pemikiran rakyat.

"Dia boleh cakap tetapi sebenarnya kita sebagai sebuah kerajaan perlukan hasil, jika kita hapus GST, kita akan kehilangan RM40 bilion setahun, soalnya apa hasil lain boleh gantikannya. Kita tidak boleh suatu kenyataan yang tidak berpaksi kepada realiti."

"Perkara itu dia tidak sebut, jadi ini hanyalah untuk mengabui hati rakyat dan bermain dengan sentimen sahaja serta tidak berpaut kepada hakikat sebenar," katanya.

Najib berkata GST telah diamalkan di 120 buah negara dan Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan kadar terendah.

Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari; dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Datuk Abdul Karim Mustafa.


          

0 comments:

share2