Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 26, 2017

[PEKAN] MASAKAN CHE MINAH SAYANG UNTUK MANGSA BANJIR


Tumis Sardin Che Minah Sayang untuk mangsa banjir


Mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara menikmati hidangan makan malam istimewa yang dimasak sendiri oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimumah Iskandariah.

Tunku Azizah meluangkan masa hampir dua jam di ruangan dapur untuk menyiapkan semua hidangan bermula dari awal memotong sayur, mengupas bawang, menumis bahan dan sebagainya.

Turut serta membantu, anggota B SKN Rejimen Pertama Kor Armor Diraja Kem Batu 10, Bomba dan Penyelamat serta Rela.

Antara menu istimewa hasil air tangan Tunku Azizah adalah Tumis Sardin Che Minah Sayang selain lemak kubis dan ayam goreng untuk 396 mangsa banjir dari 94 keluarga yang ditempatkan di sekolah tersebut.

Sudah kelaziman setiap kali berlakunya banjir, Tunku Azizah akan memasak di pusat pemindahan banjir sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap rakyat yang ditimpa musibah.

Pusat pemindahan itu merupakan lokasi pertama yang menerima kunjungan Tunku Azizah pada bencana banjir yang sedang melanda negeri ini selepas dua tahun.

Tunku Azizah turut menyampaikan sumbangan peribadi dari Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM400 untuk setiap keluarga.

Sementara itu bagi daerah Pekan setakat jam 4 petang, seramai 491 mangsa banjir membabitkan 112 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan.


0 comments:

share2