Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 20, 2017

PALESTIN LAHIR PENGHARGAAN PENDIRIAN MALAYSIA


Palestin lahir penghargaan pendirian Malaysia


Kuala Lumpur - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melahirkan penghargaan kepada Malaysia kerana mengemukakan resolusi mendesak Israel menghentikan pembinaan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki.

Ucapan penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin Dr Riad Malki semasa mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Kedua-dua pemimpin ditemui di luar Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar.

Malaysia meminta mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan dan menangani krisis di wilayah Rakhine yang berlarutan.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCS) menerima pakai resolusi itu pada Disember tahun lepas. Selain Malaysia, resolusi tersebut juga dikemukakan oleh New Zealand, Venezuela dan Senegal. 

Ia merupakan resolusi pertama yang diterima pakai oleh UNSC berhubung isu Israel-Palestin dalam tempoh masa hampir lapan tahun.

Di luar sesi, Najib juga menemui Menteri Luar Indonesia RetnoMarsudi sebelum mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara Qatar bagi Hal Ehwal Luar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

Mesyuarat selama 15 minit itu berkisar kepada isu-isu OIC dan Rohingya. 

Menurut laporan, krisis yang berlarutan di Wilayah Rakhine menyebabkan beribu-ribu masyarakat Rohingya lari meninggalkan Myanmar di tengah-tengah laporan mengenai kekejaman termasuk rogol dan pembunuhan, yang dinafikan oleh kerajaan Myanmar.

Mesyuarat Kuala Lumpur dijangka mengeluarkan dua dokumen - resolusi dan pernyataan bersama untuk menunjukkan pendirian bersama mengenai perkara tersebut.


0 comments:

share2