Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 16, 2017

[MARAN] SOKONG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BINA JALAN


Mohamed Ariffin Awang Ismail


Penduduk Chenor di sini, menyokong penuh permohonan peruntukan tambahan bina jalan bagi menaik taraf laluan jalan dari Pekan Awah ke Tol Chenor untuk kepentingan kira-kira 40,000 penguna laluan jalan itu.

Adunnya, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, beliau menyokong cadangan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang meminta kerajaan meluluskan peruntukan tambahan setelah meluluskan peruntukan RM250 juta bagi projek menaik taraf jalan daripada tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf sepanjang kira-kira 35 kilometer itu tidak termasuk dari Pekan Awah ke tol Chenor, sedangkan laluan itu juga sempit.

"Mengambil kira keperluan pendudui di sini, dengan kepesatan lalu lintas lebih-lebih lagi sejak kewujudan stadium bola sepak, keadaan jalan yang lebih besar dan selesa amat diperlukan pengguna.

"Laluan jalan dari Pekan Awah ke tol Chenor yang berjarak 15 kilometer itu juga adalah laluan yang sama yang sepatutnya diberikan peruntukan. Kita harap jalan itu juga dapat dinaik taraf. Begitu pun, rakyat dan penguna berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin meluluskan peruntukan tersebut," Katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, projek jalan tersebut sememangnya dinanti-nantikan penduduk kerana ia dapat merangsang pembangunan ekonomi, sosial, dan pendidikan tinggi di negeri ini khususnya di Bandar Tun Razak Jengka dan kawasan sekitarnya.

"Sudah tentu saya juga ingin memastikan jajaran Chenor mendapat peruntukan daripada kerajaan dan projek jalan ini bukan sahaja menggembirakan dan memberi keselesaan kepasa penduduk Jengka dan Chenor, tetapi juga penduduk Pekan Awah sehingga ke Temerloh dan orang luar yang berkunjung ke daerah ini.


0 comments:

share2