Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

[LIPIS] SUNGAI JELAI MELEPASI PARAS BAHAYA


Sungai Jelai, Lipis melepasi paras bahaya


Paras air Sungai Jelai dan Sungai Lipis telah melebihi paras bahaya sehingga jam 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Lipis, Datuk A Rahman Hamzah berkata, Sungai Jelai di jeti Bandar Kuala Lipis telah melebihi paras bahaya iaitu 66.87 meter berbanding paras normal iaitu 59 meter.

Menurutnya, selain itu Sungai Jelai di Bukit Betong di paras 72.77 meter, Sungai Jelai di Tanjung Bungor (62.36 meter) Sungai Jelai di Kuala Medang (84.94 meter) dan Sungai Lipis di Benta (75.19).

"Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat terkini banjir boleh berhubung terus ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 09-3122579," katanya.


0 comments:

share2