Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

LIMA SEKOLAH DI PAHANG DITUTUP


Datuk Rosdi Ismail


Sebanyak lima sekolah di tutup di Pahang ekoran jalan ke sekolah berkenaan di naiki air semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lembing, SK Nadak, SK Bukit Kuin, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kuala Reman dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing.

Menurutnya, lima sekolah turut menjadi pusat penempatan mangsa banjir iaitu SK Kempadang, SK Sungai Mas, SK Chegar Perah di Lipis, SK Seri Terentang di Pekan dan SK Tanjung Putus, Raub.

"Itu jumlah yang diperoleh sehingga pagi ini.

“Sekolah yang menjadi pusat penempatan mangsa banjir beroperasi seperti biasa manakala sekolah yang ditutup akan dipantau sehingga keadaan air surut.

“Jumlah tersebut adalah sehingga jam 12.00 tengah malam tadi,” katanya.

Rosdi berkata, pihaknya akan memantau situasi semasa sebelum arahan selanjutnya diberikan.


0 comments:

share2