Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 26, 2017

[KUANTAN] RIBUAN KERANG TERDAMPAR DI PANTAI


Ribuan kerang terdampar di pantai


Ketika Pahang menghadapi bencana banjir, lain pula yang berlaku di Pantai Baru Hitam Balok Kuantan hari ini apabila orang ramai berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar sejak petang semalam.

Tinjaun Sinar Harian tengah hari tadi mendapati lebih 500 orang memenuhi persisir pantai itu dengan peralatan mengutip kerang dan rata-rata berjaya membawa pulang hasil sekurangnya dua kilogram seorang.

Seorang pengunjung, Ahmad Khairuddin, 35, berkata, dia datang bersama keluarga seawal jam 11 pagi selepas mengetahui perkara tersebut yang menjadi tular di laman sosial.

Menurutnya, hasrat untuk mengutip kerang beramai-beramai itu tercapai memandangkan dia kesampaian berbuat demikian pada tahun lepas.

"Tahun lepas pun ada kejadian sebegini tapi bila kerang sudah habis dikutip baru saya dapat tahun.. itu pun melalui Facebook.

"Kali ini sebaik nampak kawan muat naik gambar di facebook, saya terus ajak isteri dan anak pergi sini," katanya.

Seorang pengunjung, Nor Wahida Abu Samah, 36, berkata, ini kali pertama dia bersama keluarga merasai pengalam pertama mengutip kerang beramai-ramai seperti berpesta.

Menurutnya, dia datang ke pantai pada jam 10 pagi dan mendapati orang ramai sudah memenuhi kawasan berkenaan.

"Saya tinggal berdekatan sini saja.. balik rumah terus tukar baju dan ajak anak-anak datang kutip kerang.

"Tak sampai satu jam, saya sudah dapat kutip kerang sebesen," katanya.


0 comments:

share2