Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 24, 2017

[KUANTAN] BANGUNAN ASRAMA PULA NYARIS TERBAKAR


Bangunan asrama pula nyaris hangus


Selepas bangunan asal asrama lelaki Pondok An Nur dekat Kampung Kuala Phenor hangus terbakar pada 17 Januari lalu, kini asrama pelajar pula nyaris hangus.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu disedari seorang posmen yang menghantar surat ke asrama berkenaan apabila melihat kepulan asap hitam dari arah tingkat atas masjid.

Posmen terbabit segera memaklumkan kejadian kepada guru asrama dan pelajar yang berada di tingkat bawah masjid sebelum menghubungi bomba.

Mudir asrama, Mohd Zaki Mohd Zulkafali berkata, kesemua pelajar ketika itu sedang bersiap untuk solat Asar tanpa menyedari sebarang tanda atau bau sesuatu terbakar.

Menurutnya, sebaik dimaklumkan posmen, mereka naik ke tingkat atas masjid dan mendapati longgokan pakaian pelajar terbakar dengan asap hitam memenuhi ruang penempatan sementara itu.

"Memandangkan kebakaran tidak besar, beberapa pelajar bertindak mencuba memadamkan api dengan air yang diambil dari tingkat bawah menggunakan baldi.

"Api berjaya dipadamkan dari merebak kerana tingkat atas ini penuh dengan pakaian, tilam dan kelengkapan pelajar.

"Kami masih terkejut dengan kejadian ini memandangkan kebakaran asrama baru saja seminggu berlaku namun bersyukur tidak melibatkan kemalangan jiwa," katanya.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, bangunan dua tingkat asrama yang hangus terbakar dirobohkan untuk pembinaan semula melalui dana sumbangan orang ramai.


0 comments:

share2