Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 16, 2017

[JENGKA] ZIARAH KASIH PARLIMEN KUALA KRAU DITERUSKAN


Wan Salman Wan Ismail


Program Ziarah kasih Pejabat Parlimen Kuala Krau diteruskan lagi minggu ini dengan rangka program lawatan warga emas yang sakit terlantar, ziarah ibu yang baru melahirkan bayi serta orang kurang upaya (OKU) di sekitar Jengka.

Program kali ini turut disertai Adun Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail serta kepimpinan Umno bahagian, kepimpinan setempat di sekitar Felda Jengka 15.

Menurutnya, rombongan lawatan akan singgah dari satu lokasi ke satu lokasi yang telah dikenalpasti sambil menghulurkan hadiah mahu pun sumbangan dari Pejabat Parlimen Kuala Krau termasuk pemberian hamper barangan keperluan dapur.

"Sebanyak 10 hamper sebulan diperuntukkan bagi setiap 14 tanah rancangan Felda dan lima hamper sebulan, bagi setiap 45 kampung tradisional.

"Bukan sahaja orang bersalin dan sakit, malah jika ada penduduk yang meninggal dunia atau menjalankan kenduri-kendara, kami akan singgah sebagai tanda kasih sayang untuk sama-sama merasai apa yang penduduk rasai.

"Jika saya tidak dapat hadir, wakil saya dari Pejabat Parlimen Kuala Krau mesti hadir. Program ini bukan sahaja mendekatkan wakil rakyat dan kepimpinan bahagian dengan masyarakat setempat tetapi juga mengikat kemesraan sesama masyarakat agar lebih erat dan kukuh. Malah saya dapat mendengar aduan rakyat secara terus tanpa melalui kakitangan pejabat, " katanya kepada Sinar Harian, di sini.


0 comments:

share2