Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 27, 2017

BILANGAN MANGSA BANJIR DI PAHANG TIDAK BANYAK BERUBAH


Banjir baru


Bilangan mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat kepada 7,198 mangsa daripada 1,955 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi berbanding 6,712 mangsa yang dicatatkan jam 12 tengah malam semalam ekoran peningkatan mangsa dipindahkan terutama di Lipis, Jerantut dan Bera.

Bagaimanapun beberapa daerah termasuk Kuantan dan Pekan menunjukkan penurunan bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan manakala Rompin, Raub dan Maran, kekal dan tidak banyak berubah.

Berdasarkan laporan banjir sehingga jam 8 pagi tadi, 117 pusat pemindahan dibuka melibatkan sembilan daerah terlibat.

Lipis menunjukkan peningkatan mangsa banjir dan mencatatkan bilangan tertinggi 2,328 mangsa (626 keluarga)yang berada di 29 pusat pemindahan diikuti Jerantut, 1,230 mangsa (336 keluarga) di 18 pusat pemindahan.

Bilangan mangsa banjir di Rompin 1,001 mangsa (227 keluarga) di tujuh pusat pemindahan, Temerloh, 859 (210 keluarga) di 25 pusat pemindahan dan Kuantan, 657 mangsa (144 keluarga) di enam pusat pemindahan.

Bagi daerah Pekan, bilangan mangsa terkini 490 mangsa( 114 keluarga)di lapan pusat pemindahan, Maran, 300 mangsa (90 keluarga) di tujuh pusat pemindahan, Raub, 237 mangsa (69 keluarga) di 10 pusat pemindahan dan Bera, 96 mangsa daripada 25 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan.


0 comments:

share2