Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 23, 2017

[BENTONG] MANFAATKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA


Manfaatkan Pusat Internet 1Malaysia


Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di sini, membantu masyarakat seiring dengan komitmen kerajaan untuk menambah baik kemudahan teknologi maklumat kepada penduduk terutamanya di luar bandar.

Ketua MCA Cawangan Lurah Bilut, Yip Seng Lam berkata, kemudahan tersebut dapat melahirkan generasi celik komputer, sekali gus dapat dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat

Menurutnya, kemudahan PI1M menunjukkan kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan dalam kalangan penduduk luar bandar khususnya di Felda.

“Pelajar sekolah antara golongan yang peroleh manfaatnya kerana mereka boleh guna komputer dan melayari internet untuk siapkan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran.

“Bagi ibu bapa yang ada anak-anak lepasan sekolah, mereka digalakkan guna kemudahan komputer dan internet di sini untuk cari maklumat, semakan tawaran universiti, jawatan kosong dan sebagai,” katanya ketika ditemui pada Program Jejak Ke Alam IT di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus PI1M Felda Lurah Bilut, Haznur Fatihah Hussain.

Seng Lam berkata, peluang itu juga seharusnya digunakan oleh suri rumah untuk perniagaan secara atas talian dan boleh mencari resipi masakan untuk keluarga serta dapat mempromosikan hasil produk tempatan di Felda ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, program Jejak Ke Alam IT yang dilaksanakan oleh PI1M dengan kerjasama Perpuskataan Desa Felda Lurah Bilut itu mampu memberi maklumat kepada masyarakat setempat tentang kewujudan PI1M di Felda Lurah Bilut.

“Program seperti ini diharap mampu lebih mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, swasta dan masyarakat setempat dengan PI1M Felda Lurah Bilut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lurah Bilut, Mohammad Izzuddin Hamzah berkata, program itu banyak memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan ICT dan kegunaannya dalam aktiviti harian.


0 comments:

share2