Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 22, 2017

[BENTONG] BUKIT TINGGI AKAN DIJADIKAN LOKASI EKO-PELANCONGAN


Bukit Tinggi


Bukit Tinggi akan dijadikan antara lokasi tarikan utama eko-pelancongan di Pahang, kata Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagi tujuan itu, Liow berkata pihaknya merancang membina sebuah tempat pengumpulan barangan pertanian di Kampung Bukit Tinggi dalam usaha mempelbagaikan produk eko-pelancongan di situ.

"Kita juga akan membina sebuah monumen hasil pertanian terkenal di daerah ini iaitu Halia Bentong," katanya kepada Bernama di sini semalam selepas menghadiri perjumpaan bersama masyarakat kaum Cina sekitar Kampung Bukit Tinggi sempena Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan itu berkata jumlah kos yang terlibat dan tempoh projek itu akan disiapkan, belum dapat dimaklumkan kerana ia dalam peringkat kertas kerja.

Liow turut optimis Bentong mampu menjadi sebuah bandar satelit suatu hari nanti yang dapat menyediakan Dalam masa yang sama, pihaknya juga akan menentukan setiap pembangunan dilaksanakan secara lestari dalam usaha memastikan khazanah alam semula jadi di Bentong terpelihara.


0 comments:

share2