Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 20, 2017

AZAN TERAKHIR BILAL ARIFFIN


Azan terakhir bilal Ariffin


Kampung Amir - Seorang bilal ditemui terbaring dan meninggal dunia selepas solat Subuh di Masjid Kampung Amir dekat Alor Lintang di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.39 pagi itu, mangsa Ariffin Ismail, 70, dilihat terbaring oleh jemaah lain ketika berzikir di ruang hadapan dalam masjid tersebut.

Isterinya, Endun Soap@Shuib, 51, berkata, suaminya sempat meluangkan azan Subuh di masjid itu sebelum solat jemaah. Usai solat, mereka masih berada di dalam masjid itu sementara menunggu hujan reda.

Menurut Endun, dia membaca al Quran di dalam masjid sementara suaminya, berada di ruang hadapan berzikir sebelum dia terbaring di situ.

“Setelah hujan berhenti seorang jemaah lain yang menyangka suami saya terlelap di situ cuba mengejutkannya untuk memberitahu hujan sudah reda untuk pulang.

“Namun tidak ada reaksi sebelum saya diberitahu mengenai kejadian. Ketika itu dia masih bernyawa,” katanya yang tinggal kira-kira 400 meter daripada masjid tersebut.

Endun berkata, namun beberapa minit kemudian dia menghembuskan nafas terakhir dan disahkan petugas kesihatan yang datang memeriksa keadaannya selepas itu.

Menurut Endun, jenazah suaminya itu tidak dibawa pulang ke rumah sebaliknya semua diuruskan di masjid itu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir yang hanya terletak bersebelahan masjid.


0 comments:

share2